Sunday, February 20, 2011

FI SABILILLAH

ALHAMDULILLAH

Setelah aku melalui segala jalan syahwat, ALLAH memberikan aku gambaran AKHIRAT. Maka aku mula berjalan mencari kebenaran dan semalam 16 Rabi'ul awal, aku melangkah masuk kedalam gerbang hijau yg bertonggakkan Ulama' yg sangat ditakuti oleh pencinta dunia.
Mengalir airmata bila borang ahli disambut oleh DS Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah. Biar pun aku bukan sesiapa dikalangan orang PAS, tapi aku dapat merasakan kehangatan persaudaraan yg dihulurkan oleh mereka. Aku menjadi insaf dikalangan anak2 muda PAS yg rugged tapi ikhlas dalam perjuangan dan aku merasa amat malu diperhatikan oleh mereka bilamana aku merasa seperti seluruh hidup aku sebelum ini diselubungi syahwat keduniaan hingga aku merasa aku teramat tua dikalangan mereka. Terlintas juga dibenak ku, mungkin kerana anak2 muda inilah orang bijak pandai seperti Mahathir menolak PAS.

Biarlah tua, biarlah bertongkat, tapi sekarang aku tahu ALLAH maha pengampun dan penyanyang. Maka oleh kerana itu aku akan patuh kepada kehendak ALLAH dalam ayat 104 Surah Aali-Imran. PAS akan aku jadikan wadah perjuangan utk mempopularkan ALLAH kepada mereka yg belum kenal akan kekuasaanNYA. Aku jadi insaf betapa aku yg lahir dalam keluarga Islam keturunan Ulama', terabai dengan kefahaman Islam yg pernah diterapkan kedalam jiwaku. Apatah lagi mereka yg tidak pernah tahu mengenai Islam, bagaimana mereka akan merasa takut pada ALLAH. Utk itu sekali ini aku akan terus bercerita kepada sesiapa sahaja sesuatu yg membuatkan mereka bertaqwa kepada ALLAH. 

Lagikan setiap ibu bapa sayangkan anak2 yg dilahirkan, inikan pula ALLAH yg menciptakan kita dan segalanya. Biar pun Iblis dan yahudi memang dilaknat oleh ALLAH, namun satu masa dahulu mereka adalah hamba ALLAH yg baik. selepas itu dengan takdir ALLAH mereka dijadikan sebagai contoh buruk kepada sesiapa yg tidak bertaqwa kepada ALLAH. Ini Kuasa ALLAH. kalau tiada keburukan kita tidak pandai menilai kebaikan sebagai mana kalau tiada ketaqwaan maka tiadalah kita mengerti bahawa ALLAH itu maha diatas segalanya.
Hari ini  bila jiwa berada didalam PAS, ada satu semangat baru yg membuatkan aku berfikir mengapa ALLAH menjadikan aku. Pagi tadi bila ada member2 yg bertanya, mengapa aku menganut PAS, aku tahu bahawa aku sudah diterima utk bekerja oleh ALLAH. Inilah masanya untuk berubah dan mengubah sebahagian besar kenalan, kepada jalan baru bagi mereka yg fasiq. Belum ramai yg menerima Islam sebenar. Kalau tidak sudah tentu Malaysia diperintah oleh Ulama'. Masalahnya siapa yg Islam dalam orang Melayu? Utk mereka yang mencari jawapan bacalah Sirah Rasulullah berulang kali, maka kita akan nampak siapa Abu Bakar, siapa Abu Jahal dan siapa Abdullah bin Ubai dalam bangsa Melayu. Kerana itulah aku memohon utk masuk PAS. Lepas ni kita akan baca ada yg marah dgn apa yg aku kata. Itu biasa, sebagaimana ada orang yg marahkan harimau membunuh lembu. Ini kerana kita tidak mengerti SUNNATULLAH. Kalau kita susah di dunia, kita lupa bahawa itu kehendak ALLAH, apatah lagi bila kita mewah.

Sudah berkali-kali PAS kalah dalam pilihanraya. Memang susah nak menang kerana ini bukan perang Badar dimana Malaikat juga turun berperang dengan perintah ALLAH. Janganlah mengharapkan Malaikat turun beratur dipusat2 mengundi yg diadakan oleh suruhan jaya pilihan raya yg tidak mengikut suruhan ALLAH. Ini demokrasi omputeh yang memberikan peluang kemenangan kepada org yg mempunyai syahwat duniawi. Kerana itu perlunya kita memperkenalkan Islam adalah sistem terbaik utk mentadbir dunia kepada manusia Malaysia. Ini adalah kerana ramai manusia lupa bahawa ALLAH yg mencipta dunia dan hanya hukum ALLAH sahaja yg sesuai dilaksanakan. Mereka yg menolak selalunya mereka yg tidak tahu apa hukum ALLAH. Selalunya mereka ditakutkan oleh yahudi yg memang mengetahui apa isi Al Quran dan mereka telah tahu lebih awal melalui Taurat bahawa Islam itu perfect dan mereka tidak mahu kita menjadi ummat Muhammad. Maka kita akan luput dari mendapatkan Syufaat Rasul dipadang Mahsyar nanti.

Dan kali ini aku bersedia utk berjuang dengan PAS, dan aku bersedia untuk kalah setelah menjalankan segala syarat2 perjuangan. YA ALLAH, BERIKAN KEMENANGAN KEPADA PAS, SEKIRANYA MEREKA LAYAK UNTUK MENERIMA HADIAH KEMENANGAN DARI MU, DEMI ISLAM BERKEMBANG SUBUR DI BUMI MALAYSIA YG DULU TERIKAT DGN PERIKATAN DAN KINI KAKU DALAM BARISAN.

278 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 278 of 278
Unknown said...

Tahniah abang Bob.... teruskan on track Islam sebenar.

Saya cadangkan abang bob lokman cipta lirik, n then, suh le Amy Search nyanyi (mcm Isabella).. meletup. Kalau abang Amy taknak, mintak le abang Ringgo plak. Kalau tak nak gak, takpe ambik je mana2 team nasyid. Inteam ke.....Raihan ke.... Ust Akhil Hayy ke....

anamas said...

BOB LOKMAN TAKKAN MASUK NERAKA?MANA HANG TAU HANG TAKKAN MASUK NERAKA?INILAH KESANNYA BILA DAH JADI AHLI PARTI SONGSANG.AGAKNYA NIK AZIZ BAGI TAHU HANG YANG HANG DIJAMIN MASUK SYURGA! APA LA NAK JADI DENGAN HANG WAHAI BOB LOKMAN.APAKAH HANG INGAT NIK AZIZ PUN DIJAMIN SYURGA KA YANG HANG BEGITU YAKIN HANG TAKKAN MASUK NERAKA. YANG TAK MASUK NERAKA HANYA PARA NABI ALLAH SAJA DAN ORANG2 YANG DIJAMIN MASUK SYURGA OLEH NABI MUHAMAD SAW. LAIN DARI ITU TOKSAH DOK PERASAN LAH!HANG KENA 100% JADI MANUSIA MAKSUM BARU BOLEH KATA MACAM TU...ROSAK...ROSAK...ROSAK...

darah59 said...

Demi cinta ku pada mu..
Ku korbankan jiwa dan raga..
Ke hujung dunia ke bintang kejoraaa...

Bulan Madu Di Awan BIru (Hijau)...
Tiada yang Menganggu

nurilhakim said...

abg bob.jom dtg syria join abg ali setan blajar.kami sambut di sini :)

Unknown said...

jalan jihad tu kan luas.. jgn jumudkn pemikiran anda2 semua.. siyasah pilihan abg bob.. hormatila.. brperang itu jihad, belajar juga tuntutan jihad, maka siyasah juga salah satu jalan jihad.. kesemuanya mncapai satu arah tuju yg sama.. mncari hak(kebenaran) dan keluar dr kebatilan... keluar dr kerangka jahiliyyah kpd hidup beriman.. amar ma'aruf wa nahi munkar.. ni la indahnya islam..

Unknown said...

xdak sapa yg tahu kita masuk syurga atau x.. abg bob x tahu, tok guru x tahu, anamas juga x tahu.. x yg pasti, org yg beriman pasti masuk syurga.. x tahu bila, cepat atau lambat.. mngikut bnyak mana amalan kbaikn n dosa kita.. jalan ke syurga juga kita tahu.. rasulullah dh ajar, Allah dah bagitahu.. kuncinya iman, praktikn islam pd stiap amalan, fikrah brpaksikn islam, dan kewajipan Allah dan hukumNya dilaksanakan, x cukup dgn kewajipan, diindahkn pula dgn amalan2 sunat, dan yg pnting niat jihad kpd Allah sntiasa dlm hati, ikhlas melakukannya kerana Allah.. klu semua itu abg bob lakukan, maka sama2 kita doakn semoga Allah kurniakn syurga kpd kita..

tuan komrad said...

alhamdullilah..sama2 kita berdoa agar diri,keluarga,sahabat,jiran tetangga dan masyarakat mendapat rahmat dan berkat dari Allah SWT..

TAKBIR

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt,,

Saya ucapkan tahniah kepada abg Bob yang telah menemui jalan kembali kepada agama Islam. Memang banyak ujian yang akan datang selepas ini apabila kita ingin bersama agama Allah SWT. Inilah ujian yang pernah saya lalui sebagai bekas penganut agama Kristian kemudian memeluk agama Islam dan sekarang terlibat dengan perjuangan dakwah. Pada awal saya memeluk agama Islam, saya di pukul, dipaksa makan daging babi, dimaki, disumpah sebagai anak derhaka dan terpaksa menempuh bermacam-macam ujian. Tetapi sebenarnya ujian yang saya rasakan merupakan kemanisan iman yang Allah SWT anugerahkan kepada saya bahawa betapa manisnya iman itu.

Abg Bob, saya sentiasa mendoakan agar abg Bob tidak tewas dengan ujian yang mendatang seperti mana tewasnya beberapa artis yang kembali kepada ajaran Islam akan tetapi tidak kekal lama kerana terpelanting setelah ditapis oleh Allah SWT.

Islam pada saya merupakan satu agama yang terbaik, agama rahmat, agama sempurna dan semua masalah manusia selesai dengan Islam. Selepas saya memeluk agama Islam, saya mula berjinak-jinak dengan parti politik dan saya memilih PAS sebagai parti pilihan hati saya. Saya akui sekiranya saya berjuang bersama PAS saya tidak akan mendapat habuan dunia sebaliknya penindasan daripada pihak musuh akan menyerang saya. Akan tetapi saya melihat untuk akhirat dan bukan melihat ke arah dunia.

Saya sedar didunia ini saya akan hidup senang tidak kekal abadi akan tetapi diakhirat sekiranya saya perjuangkan agama Islam saya akan hidup senang sampai bila-bila. Inilah hebatnya Islam dan tidak sama seperti agama-agama lain didunia. Oleh itu, kita haruslah pandai menghargai nikmat Iman dan Islam kerana bukan semua manusia berpeluang beragama Islam seperti kita.

Semoga Allah SWT terus memilih kita sebagai pejuang agama hingga akhir zaman..

Wassalam.

Ahmad Khairul Ikhwan Abdullah Jr

Farah said...

Tahniah Bro Bob,
Harap2 tuan dapat ajak Semua Orang Pas yg GONDOL dan pakai Tali leher dan seluar ala Yahudi tu ikut macam lo.

Bob baru je kenal PAS dah boleh pakai Serban & Jubah. Org2 Kuat PAS yg dah betahun2 tu bila lagi. Takkan nak kekal dgn pakaian YAHUDI.

Harap bro BOB boleh buat perubahan pada PAS kali ini, dan yang PENTING keluarkan PAS dari pakatan PKR.

Takbir !!! Allahu Akhbar (3x)

Farah said...

Tahniah Bro Bob,
Harap2 tuan dapat ajak Semua Orang Pas yg GONDOL dan pakai Tali leher dan seluar ala Yahudi tu ikut macam lo.

Bob baru je kenal PAS dah boleh pakai Serban & Jubah. Org2 Kuat PAS yg dah betahun2 tu bila lagi. Takkan nak kekal dgn pakaian YAHUDI.

Harap bro BOB boleh buat perubahan pada PAS kali ini, dan yang PENTING keluarkan PAS dari pakatan PKR.

Takbir !!! Allahu Akhbar (3x)

Hamba Allah said...

semasa aku ingi komen, ada 211 komen... aku nekad ingin komen juga...bob, saya pasti dalam hari2 pertama penyertaan saudara, saudara akan tertanya2 betulkah tindakna ini...kalau tak banyak, sikit2 ada juga...so, mahukah aku tunjukka kau jalan yg lurus...yg mana nabi janjikan...tak akan sesat orang yg ikut jalan ini iaitu jalan al Quran dan Itrahku (ahlul bait)... mustahil seorang nabi meninggalkan umatnya tanpa pegangan dan dibiarkan mencari sendiri hala tuju...spt yg saudara lakukan..adakah nabi lalai? adakah nabi tak tahu bhw selepas wafatnya, akan ada manusia sperti bob lokman? mustahil nabi yg mengajar umatnya cara bersuci dan sekecil2 perkara seperti cara masuk blik air, tidak mengajarkan manusia cara berpolitik? siapakah yg perlu diikut selepasnya? sedangkan setiap pemimpin dunia apbl mahu berudur melantik penggantinya...tak logik betul nabi sebaik2 manusia menyanggahi kebiasaan pemimpin cerdik...

so...fahami betul2 hadis ini, nescaya kau takkan sesat sampai bila2:
1.Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahih Muslim juz II hal 279 bab Fadhail Ali
Muslim meriwayatkan telah menceritakan kepada kami Zuhair bin Harb dan Shuja’ bin Makhlad dari Ulayyah yang berkata Zuhair berkata telah menceritakan kepada kami Ismail bin Ibrahim dari Abu Hayyan dari Yazid bin Hayyan yang berkata ”Aku, Husain bin Sabrah dan Umar bin Muslim pergi menemui Zaid bin Arqam. Setelah kami duduk bersamanya berkata Husain kepada Zaid ”Wahai Zaid sungguh engkau telah mendapat banyak kebaikan. Engkau telah melihat Rasulullah SAW, mendengarkan hadisnya, berperang bersamanya dan shalat di belakangnya. Sungguh engkau mendapat banyak kebaikan wahai Zaid. Coba ceritakan kepadaku apa yang kamu dengar dari Rasulullah SAW. Berkata Zaid “Hai anak saudaraku, aku sudah tua, ajalku hampir tiba, dan aku sudah lupa akan sebagian yang aku dapat dari Rasulullah SAW. Apa yang kuceritakan kepadamu terimalah,dan apa yang tidak kusampaikan janganlah kamu memaksaku untuk memberikannya.
Lalu Zaid berkata ”pada suatu hari Rasulullah SAW berdiri di hadapan kami di sebuah tempat yang bernama Ghadir Khum seraya berpidato, maka Beliau SAW memanjatkan puja dan puji atas Allah SWT, menyampaikan nasehat dan peringatan. Kemudian Beliau SAW bersabda “Ketahuilah wahai manusia sesungguhnya aku hanya seorang manusia. Aku merasa bahwa utusan Tuhanku (malaikat maut) akan segera datang dan Aku akan memenuhi panggilan itu. Dan Aku tinggalkan padamu dua pusaka (Ats-Tsaqalain). Yang pertama Kitabullah (Al-Quran) di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya,maka berpegang teguhlah dengan Kitabullah”. Kemudian Beliau melanjutkan, “dan Ahlul Bait-Ku, kuperingatkan kalian kepada Allah akan Ahlul Bait-Ku, kuperingatkan kalian kepada Allah akan Ahlul Bait-Ku, kuperingatkan kalian kepada Allah akan Ahlul Bait-Ku”
Lalu Husain bertanya kepada Zaid ”Hai Zaid siapa gerangan Ahlul Bait itu? Tidakkah istri-istri Nabi termasuk Ahlul Bait? Jawabnya “Istri-istri Nabi termasuk Ahlul Bait. Tetapi yang dimaksud Ahlul Bait disini adalah orang yang tidak diperkenankan menerima sedekah setelah wafat Nabi SAW”, Husain bertanya “Siapa mereka?”.Jawab Zaid ”Mereka adalah Keluarga Ali, Keluarga Aqil, Keluarga Ja’far dan Keluarga Ibnu Abbes”. Apakah mereka semua diharamkan menerima sedekah (zakat)?” tanya Husain; “Ya”, jawabnya.
Hadis di atas terdapat dalam Shahih Muslim, perlu dinyatakan bahwa yang menjadi pesan Rasulullah SAW itu adalah sampai perkataan “kuperingatkan kalian kepada Allah akan Ahlul Bait-Ku” sedangkan yang selanjutnya adalah percakapan Husain dan Zaid perihal Siapa Ahlul Bait.

bersambung

Hamba Allah said...

sambungan komen sy yangpanjang:

ang menarik bahwa dalam Shahih Muslim di bab yang sama Fadhail Ali, Muslim juga meriwayatkan hadis Tsaqalain yang lain dari Zaid bin Arqam dengan tambahan percakapan yang menyatakan bahwa Istri-istri Nabi tidak termasuk Ahlul Bait, berikut kutipannya
“Kami berkata “Siapa Ahlul Bait? Apakah istri-istri Nabi? Kemudian Zaid menjawab ”Tidak, Demi Allah, seorang wanita (istri) hidup dengan suaminya dalam masa tertentu jika suaminya menceraikannya dia akan kembali ke orang tua dan kaumnya. Ahlul Bait Nabi adalah keturunannya yang diharamkan untuk menerima sedekah”.

Unknown said...

Bob, Tahniah semuga anda istiqamah-jalan kearah kebenaran Allah ini memang ada ujian. Sabarlah bila berhadapan dengan ujian dan bersyukurlah bila diberi nikmat. mudah-mudahan Allah sentiasa memberikan kita kekuatan istiqamah dijalanNya. sentiasalah bersama-sama jamaah. daripada kudin

Unknown said...

merepek la korang ni.. islam 2 dihati masing2.. jika lalai, lalai lah kite.. jgn disebabkan korang xbersembahyang, xberpuase, korang nak salahnkan mane2 parti politik.. please laa.. aku xpandai pon.. just my 2cents.. pada aku, ko pas ke bn ke keadilan ke, xpenting pon..janji kite islam dn kite xtinggal rukun islam 2.. jgn nak slahkan parti politik jika hati korang yg dh jauh terpesong.. itu bukan alasan utk jatuhkan sesama islam.. maaf jika tersilap..assalammualaikum..

Anonymous said...

Penubuhan parti PAS sendiri adalah tidak islamik...bagaimana boleh mengatakan perjuangan PAS adalah perjuangan islam? Apa2 yg tidak menurut sunnah tidak ada kejayaan. PAS itu bukan agama dan agama itu bukan PAS.

syinteru152 said...

as salam....

abg bob, saye sokong tindakan abg bob nk 'berhijrah' utk mnjadi seorg insan yg lebih baik...

di sini sy x menyebelahi mane2 pihak politik, cuma saya nk cadangkan supaya perkataan 'menganut PAS' tu ditukar kps 'menyertai PAS' ke.....
sb perkataan 'menganut PAS' tu boleh menimbulkn salah faham.
same spt ayat 'masuk PAS dijamin masuk syurga'.


berhati2 menggunakan perkataan.
apa lagi klau nk berdakwah...
takut nti mksud sebenar xsmpai tp org lain khusyuk putar belit ayat kita + seronok melabelkan kita sbg org yg salah...

sekian pndangan naif dr saye...

ahmad zahili b padzali @ salim said...

Syukur ke hadrat Ilahi..
Takbir!!! ALLAHUAKBAR!! ALLAHUAKBAR!! ALLAHUAKBAR!!

Anak Lenggong said...

Kalau nak mendalami agama islam tak masuk politik...sebab dengan politik hajat sebenar saudara tak akan kesampaian disebabkan saudara akan terikut2 ikut dengan perilaku sebagai saorang islam iaitu penuh dengan fitnah..menjatuhkan maruah orang lain..so sekiranya benar2 ikhlas nak mendalami islam ..baik pergi ke kelas pondok ataupun jauhi daripada sebarang kegiatan politik..takut nanti hajat nak dapat pahala dan keberkatan ilahi..nanti yang saudara dapat adalah satu penghinaan serta kemurkaan ilahi dikemudian hari

Zharbiz said...

tahniah bob lokman.... teruskan usaha anda... jalan berliku dan dugaan pasti akan mengiringi anda. apa yang penting anda cekal mengharunginya

AntiHipokrit said...

Awasi penyakit ujub dan riak.. Syaitan akan sentiasa mencari jalan..

Unknown said...

SALAM BOB, ALHAMDULILLAH! BAGUSLAH JIKA SUDAH MENERIMA NUR ILLAHI ... CUMA SATU BENDA NAK TEGUR IKHLAS KEPADA SAUDARA BOB!

PERENGGAN KEEMPAT! ... MENGAPA AKU MENGANUT PAS?

SAUDARA BOB LOKMAN, SAUDARA MENGANUT AGAMA ISLAM, AGAMA YANG DIREDHAI ALLAH TAALA DARI DUNIA HINGGALAH KITA DUKUMPULKAN KEMBALI DI PADANG MAHSYAR ... BUKAN AGAMA PAS!

PAS BUKAN AGAMA! HANYA SEBUAH PARTI POLITIK, PARTI SIASAH!

MINTA DIPERBETULKAN IKTIQAD! BERHATI HATI APABILA MENULIS ... TERINGAT LAGU ISABELLA LAH BOB!

Anonymous said...

syukur alhamdullillah abng bob!!
rasanya untuk menarik golongan muda
kenelah mengenali jiwa muda mudi zaman skrng ini!!antaranya hiburan,
selitkan mesej2 islam dlm hiburan..seperti drama,nyanyian dan sbgainya
semoga abng bob terus berkecimpung dlm seni

Unknown said...

salam!bro islam akan berada dikemuncak x lama lg krn ALLAH telah memberikan petunjuknya kpd org yg jahil spt kita TAKBIR!

hafszach said...

BRO ur The best...!!!

Amri Yazid said...

alhamdulillah uncle bob, tp sedih kerana untuk mendekati islam xperlulah 'menganut PAS' seperti uncle bob katakan,kerana ianya hanyalh sebuah parti politik,rasany banyak lagi cara yang lebih baik untuk kita perjuangkan agama kita.

Unknown said...

mudahan pengakuan ini bukan laknan dan gimik..maaf jika t'lalu kasar.

Unknown said...

tahniah..mudahan ini bukan sementara dn moga b'kekalan..amin

DeYoNa said...

beriman kepada Allah dan bukan kepada mana2 parti POLITIK....
insyaALLAH kita akan temui jalan ALLAH.. bukan populariti.. fikir2kan....

NYJANG said...

SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALAILAHAILLALLAH HUWALLAH HUAKBAR.... Semoga kita semua mendapat taufik dah hidayah daripadaNYA. Teruskan perjuangan untuk menegakkan NUR ISLAM....

anakyanggambi said...

salam

en shahdan..tak perlu berkata ape dgn org2 yg terlalu taksub dgn pas neh..diorg kan memg MAHA MENGETAHUI..dah sama kuasa dgn TUHAN..kite neh je yg masih merasakan diri kerdil dan percaya Allah segalanya..tapi bagi mereka2 ini tak sedar sebenarnya bukan Allah yg mereka agungkan tapi peminpin yg dah mcm Tuhan jadinya..ape taknye, siap tahu syurga dan neraka org..sdgkan nabi pun tak tahu syurga neraka umatnye..biarkan mereka..cuma saya pun tertanya-tanya, setahu saya org yg beriman, baik dan tahu Islam yg sbenar, mereka tidak akan membalas perbuatan jahat musuhnya dgn kejahatan juga..yelah mcm2 kita2 neh yg org cakap 'jahat' n 'bakal ahli neraka' (sebab sokong kerajaan), kita cakap sepatah, berpatah2 sumapah seranah diorg balas...jadi kompius plak..kesimpulannya takde beza pun alim ulama dgn ahli neraka sbenaya..renung2kanlah..kalau bertaubat pun tak payah tunjuk2..ape guna taubat, if bertaubat, pastuh pergi plak buat ceramah2 memburuk2kan kerajaan...dah tau duit haram kerajaan neh, so tak payah makan..tak payah duk malaysia lagi senang...duk kelantan jerk sume..buat surat minta kuar malaysai..aku kompem sume tak hidup..nik aziz korg tuh nanti if malaysia dah diperintah geng2 karpal, lim kit siang, korg time tuh sume menyesal tak guna..takde lagi dah sistem undi2 tapi jwtn akan diberi mengikut susunan yg telah diaturkan..nik aziz tak kesah sb dia makin kaya dgn produk TOK GURU..malaysia hancur..die blah ar...

sanusi said...

saudara bob lokman... sebagai anak klate saya rasa cara saudara lakukan ini bukan sesuatu yang baik, syiar islam dapat kita sebarkan untuk sesama islam banyak saluranya, dgn istiharkan diri sebagi ahli pas adalah sesuatu yang tidak berpatutan, kalau lah betul kita ikhlas dalam kenapa parti politik yang dijadikan sandaran, saya anak klate, dididik secara islam malah berbangga dilahirkan sebagai orang islam, akan tetapi saya tidak mudah berpihak kepada mana2 parti politik, bukan lah dgn menjadi ahli pas akan memberikan impak kepada keikhlasan hati dalam perjuangkan islam, jgn saudara bob banggakan keturunan, itu bukan jaminan untuk ke syurga, kenapa saudara bob begitu taksub dengan PAS, hingga sanggup perlekekhkan sesama manusia, sudah tiada rasa hormat langsung kepada saudara seugama, apakah pemimpin PAS itu baik.. saya banyak pengalaman dalam hal pemimpin PAS, semua orang buat tak betul dia buat takper, riak, takbur dengan fatwa yg menyeleweng. Pemimpin pas pun pakai kereta mewah, shopping kat kbmall, duduk kondo mewah kat kl,abih tu yg jual kereta , kondo mewah, tokeh kbmall tu org melayu kerr.. bukan yang berugama islam jugak kan... so saudara bob kena cermin diri sendiri dulu sebelum nak betulkan org lain.. hidup saudara dulu semasa menjadi artis adkah berlandaskan syariat islam??? sentuh sana sentuh sini, kalau betul saudara nak perjuangkan islam janganlah babitkan diri dalam politik, dunia politik kotor, ingatlah balasan allah amat perit apatah lagi nak cari publisiti murahan atas pentas PAS... wallahuallam

G4UMNO said...

Salam kpd bob lokman dan saudara penyokong PAS

Barangkali bob sudah jemu dan jelak melakukan maksiat dan dosa besar semasa jadi artis, maka tiba tiba berubah hati kepada bukan kepada jalan yang benar tetapi jalan yang sesat lagi menyesatkan PAS. Acapkali kenyataan PAS boleh membatalkan syahadah, banyak kali juga kenyataan PAS menyesatkan Muslim yang lain. Seperti Sabda Nabi, akhir zaman , ada golongan mempergunakan agama untuk keduniaan . Sekiranya dilihat senario politik Malaysia, hanya PAS mempergunakan agama untuk kepentingan politik. Nik Aziz bukan seorang bertaraf solehin, jauh sekali wali Allah mahupun Sidiqqin. Kami para Sufi lebih tahu wajah sebenar Nik Aziz, mahupun pemimpin PAS apatah lagi bob lokman. Islam tidak akan tertegak melalui PAS sampai hari kiamat, kerana apa? Sebab majoriti orang PAS adalah fasik, dayus, munafik, hipokrit, biadap, angkuh, ujub-diri, pemfitnah, mengadu-domba, pengumpat, penipu, tidak jujur, khianat, bersongkol dengan musuh Islam yakni DAP, pembela golongan plurarism dan kaki-liwat, berbaik berpeluk dengan kafir harbi karpal singh, lim kit siang, lim guan eng , dll, penghina agama sendiri dengan membenarkan kafirin memasuki masjid tanpa menutup aurat, PAS juga adalah golongan kufur tidak bersyukur dengan rezeki Tuhan berikan, muka tak malu , mengatakan pemerintah UMNO kafir, haramlah, tetapi makan rezeki dan kerja dengan syarikat syarikat UMNO.BN itu dayus dan kufur, sudahlah makan gaji dengan kerajaan yang dituduh kafir, haram dan pelbagai lagi, tetapi dalam masa yang sama meminta pertolongan MARA, TEKUN, Biasiswa, kerja Polis, cikgu, jkr dll, habis tu gaji bekerja dengan kerajaan UMNO/BN tidak haram kah? Kamu semua orang PAS memang menafik, kufur, dayus lagi fasik. Itu belum lagi dikira kenyataan yang boleh menyebabkan murtad dan kafir. Hujah siapa saya guna, tentulah hujah Harun Din dan Hadi Awang, pemimpin kamu orang. Kitab mereka ada dalam simpanan saya

Bertaubatlah kamu terutama bob lokman yang hipokrit, kalau nak bertaubat lebih baik ke Makkah atau Madinah, beruzlah dan berkhalwat jauh dari manusia dan dunia.

Jangan berpura-puralah bob lokman, kami tahu jahat kamu semasa jadi artis, tapi kami bukan golongan pengumpat ghibah seperti PAS

Wassalam

Zalie Real said...

Alhamdulillah....biarkanlah pencacai umno terjun dgn labu-labunya. Teruskan perjuanganmu....

Zalie Real said...

Alhamdulillah...moga Allah memberi kekuatan kpd anda kerana musuh islam senantiasa mencari peluang utk melihat anda tersungkur dlm perjuangan ini walaupun mreka juga islam tp lebih kepada islam keturunan bukannya islam yang hakiki.

Unknown said...

tolak DEMOKRASI...... TEGAKKAN SYARIAH & KHILAFAH.....

korie said...
This comment has been removed by the author.
korie said...

Hahaha..Geli hati betullah aku tengok para pencacai UMNO ni..
Menonjolkan diri, mengeluarkan fatwa & kata-kata dengan pelbagai cara, bagi nampak ianya benar & memastikan ianya berkesan.
Benarlah kata-kata rakan-rakan lain yang turut sama memberi komen, mereka ni tak ubah seperti syaitan yang menghasut & menghalang seseorang yang ingin kembali kepangkal jalan. Ada cara lembut, ada cara yang kasar.
Kalau aku cakap yang mereka ni bodoh sombong, mereka akan kata aku cakap kasar..
Sebelum bagi komen untuk menyuarakan idea or pendapat tu tolonglah rajin-rajinkan diri untuk baca komen-komen terdahulu tu. Jangan jadi bodoh sombong. Jangan fikir hanya kita yang betul. Ada banyak & pelbagai komen & pendapat kat sini. Ambil masa untuk baca & fahamkan. Then fikirkan. Kalau betul apa yang diperkatakan, kena terima, kena redha. Tak perlulah nak argue. Jangan ego.
Then nanti tak adalah kita ulangi kata-kata or pendapat yang sama yang memerlukan penerangan diberikan sekali lagi. Penat je rakan-rakan yang lain tulis panjang-panjang untuk bagi faham. Hargailah sikit usaha mereka tu.
Janganlah tunjukkan sangat kegelapan hati kita, kelemahan iman kita & kekurangan pengetahuan kita tentang agama. Kan memalukan diri kita sendiri je nanti tu.
Apa-apapun, yang penting jangan tunjukkan sangat kebodohan & kejahilan kita kat sini k..: )
Wallahua'lam..

BADD said...

Jgn jadi jumud dan taksub. Islam bukan milik PAS. Islam adalah untuk semua mahkluk manusia yang mendapat hidayah-Nya. PAS hanyalah tidak lebih daripada sebuah parti politik yg menggunakan Islam sebagai alat memancing undi. Contoh: Dah 21 tahun berkuasa di Kelantan. mana pergi hukum Hudud? Yg hairannya dia persalahkan Perlembagaan Persekutuan punca Hudud tak dapat dilaksanakan di Kelantan. Inilah hipokrit atau MUNAFIK yg maha dahsyat! Sebenarnya politik org Melayu penuh dgn kekotoran. Inilah termasuklah PAS dan UMNO. Untuk wahai saudara Bob, lebih baik anta masuk mana2 NGO agama yg berjuang betul2 ikhlas kerana Allah. Wallahulam!

Ashraff Simba said...

"Hari ini bila jiwa berada didalam PAS, ada satu semangat baru yg membuatkan aku berfikir mengapa ALLAH menjadikan aku. Pagi tadi bila ada member2 yg bertanya, mengapa aku menganut PAS"????? -

sudah sudah la penyokong PAS dan pembangkang.....korang dah tersesat...ISLAM bukan PAS...dan PAS bukan ISLAM...ISLAM untuk semua....ISLAM bukan untuk melayu...ISLAM bukan untuk ARAB....ISLAM untuk semua manusia.,...ISLAM JUGA BUKAN UNTUK PAS SAHAJA!!!!

Ashraff Simba said...

"Hari ini bila jiwa berada didalam PAS, ada satu semangat baru yg membuatkan aku berfikir mengapa ALLAH menjadikan aku. Pagi tadi bila ada member2 yg bertanya, mengapa aku menganut PAS"????? -

sudah sudah la penyokong PAS dan pembangkang.....korang dah tersesat...ISLAM bukan PAS...dan PAS bukan ISLAM...ISLAM untuk semua....ISLAM bukan untuk melayu...ISLAM bukan untuk ARAB....ISLAM untuk semua manusia.,...ISLAM JUGA BUKAN UNTUK PAS SAHAJA!!!!

Dama-Ulan said...

Takbir....

anamas said...

Aku anggap hang bob lokman serupa dengan orang zaman batu yang duduk dalam gua. Bila di bawa keluar dan melihat bandar dia jadi hairan dan terpinga-pinga. Satu hari orang zaman batu ni di bawa masuk pawagam dan dipertontonkan kepadanya satu filem.Dia tak tahu yang filem ditayangkan itu bukanlah benar-benar berlaku tetapi kerana jahil dia sangka wayang yang ditayangkan itu benar-benar berlaku di hadapannya. Dia menjerit apabila melihat orang kena pukul sebab dalam gua dia juga menjerit apabila melihat kekawannya dipukul dengan belantan kayu. Penonton lain geli hati melihat sikap orang zaman batu itu. Persamaannya ialah apabila hang join PAS. Hang nampak yang cantik-cantik saja tentang PAS. Takda cacat cela. Hang puji KEADILAN. Hang puji DAP. Depa serba okay bagi hang sehingga hang tak nampak kebaikan BN langsung...kalau UMNO hang butakan mata terus la kan.

Hang tarik la artis masuk PAS.Semua artis pun tak pa. Suruh depa sokong PAS. Pas janjikan syurga untuk sapa2 yang join parti PAS. Aku nak bagi tahu hang,dalam PAS pun ada orang yang sama macam UMNO. Jangan hang ingat orang PAS tu semua bukan mata duitan. Bukan kaki rasuah. Bukan gila betina. Bukan gila kuasa dan kedudukan. Ada. Cuma hang saja tak nampak.Tak pa lah kalau hang join PAS pun. Lagi pun hang bukan popular tera mana pun. Nama hang tak gah pun.Kalau hang ingat hang join PAS boleh jadi wakil rakyat satu hari nanti eloklah macam tu. Aku nak tengok PAS nak letak dak muka hang jadi calon depa. Kalau berani mai jadi calon ALOR MERAH ,Alor Setar pada PRU 13 ni.

Hang belum kenal sapa tu DAP. Hang belum kenal sapa tu KEADILAN. Tapi kerana rakan baik PAS hang sanggup buat apa saja. Tak pa lah...moga2 hang jadi ahli syurga bersama Nik Aziz.Satu lagi, kalau boleh la hang cuba kembangkan sayap PAS sampai ke Amerika Syarikat. Di sana kawan DS Anuar Ibrahim banyak. Jadi elok sangat hang jadi ketua UMUM PAS di sana.Mana tau berkat doa Nik Aziz dan usaha hang semua orang Amerika masuk Islam...Hang dah tentu punya masuk syurga lah.- AHMAD NASIR MOHAMAD/0105228699.

Unknown said...

Alhamdulillah...Rahmat Allah itu luas...Semoga aku juga dapat hidayah seperti Abang Bob ni.. Berjuang memang pahit..keranaaa SYURGA itu manis...Teruskan perjuangan. Setiap kita ada tanggungjawab yang akan dipersoalkan kelak..

tungkaran hati.blogspot said...

berjuanglah untuk Islam bukannya untuk PAS....!

@aku said...

BismillahirRahmanirRahim Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
103. Al-’Asr
[1]Demi Masa![2]Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -[3]Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Tags: Al-'Asr, Mekah

@aku said...

BismillahirRahmanirRahim Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
103. Al-’Asr
[1]Demi Masa![2]Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -[3]Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Tags: Al-'Asr, Mekah

ashintura said...

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

ciK aJie said...

kuatkan diri abang Bob,

utamakanlah pandangan Allah daripada pandangan manusia yang bertopengkan syaitan..

YA, saya setuju dengan apa yang abang Bob kata, bahawa Orang2 yang bermatlamatkan dunia sangat takut dan benci dengan perjuangan yang di bawa PAS di Malaysia.

Tapi abang Bob, kita berkhidmat untuk Allah, kita berjuang DEMI ALLAH.. matlamat kita bukan kerana manusia..jadi janganlah abang Bob bersedih dengan kata-kata kejian yang dilemparkan kerana Allah sentiasa bersama-sama kita.. Redha Allah matlamat kita!!!


Teruslah tsabat dalam perjuangan.. Semoga kita mati dalam keimanan kepadaNya.

Ayuh kita kuatkan diri dengan meningkatkan kualiti ibadah kita. Semoga syahid menjadi milik kita semua.amin

Unknown said...

kesiannnnn.... sah lah kmasukan Bob Lokman dlm PAS sebagai pelapis Mat Sabu...dah ada pengganti... tukang lawak & karut....

Malaya Raya said...

Demi Allah cik Bob...hentikanlah politik kutuk mengutuk ni..semangat kepartian tidak menjamin kita di akhirat..semoga cik Bob ikhlas dan tinggalkan perbuatan keji ini..supaya boleh menjadi ikutan dan contoh kepada gen. muda..

Amalkan perpaduan sesama Islam, jangan pecah belahkan..walaupun cik Bob nampak orang lain kurang keimanannya, jangan persendakan mereka, mungkin mereka lebih baik dari cik Bob..ikhlas nasihat dari saya..

Mr Belimbing said...

Bob ni sendiri yg lalai dalam beragama tp tuding jari ke orang lain, selalunya UMNO ngan kerajaan ler yg jadi kambing hitam. Jarang sekali mentaliti org PAS ni nak mengaku salah sendiri.

Kau kata nak perjuangkan PAS, Nik Ajis sendiri kata nak suruh Anwar jadi PM. Abis mcm mana tu, kau duk sokong dia, dia duk sokong orang lain sbb kena brainwash dgn anwar ler tu Nik Ajis.

Kalau kau nak menganut PAS tu ikut suka kau la Bob, tp jgn duk kutuk org lain plak. Mcm mana nak menang hati pengundi kalau Tok Guru kau tu nak bersahabat dgn syaitan. Alim ulama amenda mcm tu.

Harap2 dgn berceramah dapat la kau sara hidup kau, aku dgr byk juga imbuhan setiap kalau ceramah - RM3K boleh dapat. Org yg pegi ceramah tu bukan main yer bagi sedekah igtkan perjuang betul, padahal upah penceramah jer...hahaha

Abdul Karim Rahman said...

Alhamdulillah. Semoga penyertaan tuan akan mendorong lebih ramai lagi mereka yang masih bertenggek diatas pagar, menyatakan diri sebagai ahli PAS.

Kami di PAS Alor Gajah, Melaka merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran tuan ketika prk merlimau berceramah di upu permatang pasir.

Besar harapan kami, tuan akan sudi berceramah sekali lagi pada kenduri kesyukuran yang akan kami adakan pada 26hb Mac 2011 ini, insya Allah.

Zul Landzzx said...

tahniah krn artis skang dah sdar akan perjuangan PAS! Takbir!

Sparrow said...

And have patience with what they say, and leave them with noble (dignity). Al Muzzammil 11.

Hold to forgiveness; command what is right; But turn away from the ignorant.
Al A'râf 199

nurul zayani yahya said...

TERUSKANPERJUANGAN!! PASTIKAN MELALUI PENTARBIYAHAN YANG ADA SEBAGAI PROSES MENGUKUHKAN DIRI DI MEDAN PERJUANGAN..ALLAHUAKHBAR!1

MUHAMMAD FAHMI said...

Teruskan perjuangan Abg BOB LOKMAN dalam erena Gerakan Islam.. Kami akan doakan abg BOB LOKMAN terus diberkati dan dirahmati... http://fahmy4u.blogspot.com

MUHAMMAD FAHMI said...

Saya mahu membidas seorang komentar mengenai penubuhan yang tdak islamik. kalau ita kata penubuhan PAS tidak Islamik, bagaimana pula Penubuhan UMNO yang hanya memnetingkan Bangsa Melayu? bukankah ISLAM yang wajib diutamakan? adakah MELAYU mampu menjaga ISLAM? dan memang PAS itu bukan agama, tetapi satu GERAKAN atau ORGAMISASI yang membawa Dasar KEDAULATAN ISLAM. dan untuk mengukuhkan pembawaan Dasar Itu, Kuasa POLITIK Wajib Digabungkan. tap biasanya kalau saya cakap mcm ni ada yang akan mengatakan "JANGAN MEMPOLITIKKAN ISLAM". mungkin anda tidak memahami secara mendalam mengenai "POLITIK"? fahami betul2 Isltilah Politik.

MUHAMMAD FAHMI said...

Masihkah Anda Belum Percaya Bahawa UMNO Terus menolak untuk mendaulatkan UNDANG2 YANG TERKANDUNG DALAM AL-QURAN & SUNNAH? dan MENAFIKAN KEHEBATAN ALLAH s.w.t? untuk maklumat seterusnya sila ke http://fahmy4u.blogspot.com

punk junk said...

TAHNIAH ABG BOB..TERBACA NIE MGALIR AIR MATA..KUAT N TKAD ABG BOB TINGGALKN SEGALA KEMEWAHAN DUNIA CZ PASNI PASTI CABARAN YANG AMAT DAHSYAT DENGAN SISTEM YANG HAPRAK SEKARANG NIE...TERUSKAN BERJUANG...SEKARANG ABG BOB APE POGREM YER......

DuDi said...

moga lebih ramai yg celik

hidayah husin said...

mengapa aku menganut PAS, aku tahu bahawa aku sudah diterima utk bekerja oleh ALLAH ....menganut PAS?????biar betul..PAS adalah parti dan bukannya agama.....sbb 2 masih ramai yg menolak PAS....saudara menganut agama ISLAM atau PAS?????

Unknown said...

kah..kah..kelakar betul tengok anamas...inilah hasil didikan amno selama 50 tahun..inilah manusia hasil didikan jakim,hasil asyik menonton buletin utama tv3, kerap sgt tgok forum perdana tv1.. jgn pelik tuan2 & puan2,sbb golongan cam ni mmg ramai kat luar sane. aku yg kaki rock ni & tak minat politik pun tak berani kutuk nik aziz..bahkan kagum dgn caragaya hidupnya yg jauh lebih baik daripada pemimpin amno yg sgt2 pandai bermuka-muka.lama kelamaan org cam kami ni lebih mudah memahami islam melalui pas drpd amno yg ulamaknye konon hebat sungguh(hebat isi tembolok).. insyaallh kami yg rock ni akn mengundi pas dlm pru nnti.. utk abg bob,tahniah kerna keberanian kamu.rezki bukan dtg dr amno tp dr allah.amno berasekan semue kt malysia ni die punye,kononnye mesti kene terima kasih pd krajaan sepjg mase..tp die lupe duit yg mrk war2kan duit die adelah duit rakyat sbnrnye.. org makin tahu hak mrk.. tahniah abg bob.. sudah spai masenye kite jahanammkan amno yg telah menipu kite selame ini..

Al Hamzah Gold said...

SubhanAllah..

Teruskanlah abg bob.. teruskan berjuang di jalan Allah. Semoga setiap langkah-langkah abg bob sentiasa dirahmati, diberkati, dilindungi serta di beri kekuatan utk memperjuangkan Islam yg tercinta ini oleh Allah Subhanawataala.. Bersamalah kita berusaha agar Islam di tegakkan suatu hari nanti di Tanah Melayu ini.

JazakAllah..

IBAN MUSLIM said...

Alhamdulillah...penghijrahan yang bukan mudah, tapi bukan juga mustahil...sama-sama kita ambil iktibar dan contohi untuk terus berjuang menegakkan syiar Islam yg tercinta ini...InsyaAllah.

WABILLAH said...

Alhamdulillah, Allah lebih menyayang anda, dengan keikhlas hati dan keyakinan kepada Allah cintakan Allah, cintakan Rasulullah, kini anda telah dipilih Allah untuk mendekati Allah, menjadi tentera Allah, untuk menegak agama Islam. Kesabaran dan doa, tahajjud, zikir adallah senjata yang perlu diguna setiap detik bagi menentang musuh Allah .... Allahuakbar!!!!!!

http://wabillahagro.blogspot.com/

neesa said...

alhamdulillah..semoga terus istiqamah abg bob. moga semua org akan mendapat hidayah mcm abg bob..aminnn..=)

Hazman said...

beringatlah untuk sentiasa niat IKHLAS kerana-NYA. ingatlah ni'mat HIDAYAH yang dikurniakan-NYA. rebutlah CINTA-NYA dan gerunilah KEMURKAAN-NYA.

pasti ada onak dan duri perjalanan hidup ini, tetapi istiqamahlah...kita hanya sementara di dunia ini dan AKHIRAT lah cita-cita kita.

Hazman said...

hmmm... ni ceramah dalam bahasa inggeris yang mungkin ok untuk dikongsi bertajuk "Sex, Drugs & Rock 'n' Rolls: Or is there more to life?" http://www.youtube.com/watch?v=AxTCNjs92BM

ilmi_alfauzani said...

Salam, abg bob, kita anak2 gerakan islam.. teruskan perjuangan..Allah ada bersama kita... We unite for islam..Takbir!!

Unknown said...

kami peminat-peminat Raja Lawak akan terus bersama abg bob.....

Eden said...
This comment has been removed by the author.
Eden said...

Kau silap masuk tu ...Bob..
Nak berjuang di jalan Allah..
Kenapa masuk PAS...
Masuklah Islam.....

walimelayu said...

Alhamdulillah kerana hati kembali mencari dan menuju ke jalan Allah..perjalanan menuju keESAan Allah adalah jalan sepatutnya dan sebaik.Namun,mengapa harus memandang kebelakang lagi? Mengapa harus mempersalahkan masa lampau? Mengapa harus mempersalahkan orang sekeliling kita..mengapa harus mempersalahkan semuanya?Tidakkah kita ketahuai..setiap detik perjalanan kita adalah ketentuan Ilahi! Tidak bergerak sesuatu zarah itu melainkan dgn kuasa dan izinNya...Saudara BOB..jika hati ikhlas menuju kpd ALLAH...mengapa harus ada 'ketidakpuasan,dendam,panas baran dan keegoan" Jika benar hati telah bersih menuju keESAan Allah...dimana sifat redha,syukur dan yakin akan ketentuan Allah swt? Inilah akibatnya jika tidak benar2 ikhlas menuju kejalan Allah....masih tersemat dihati sifat riak,takbur dan cintakan dunia...bezanya dulu atas pentas hiburan..sekarang atas pentas politik....jika benar mahu mengembangkan syiar Islam...mengapa harus pilih yang berpuak-puak? Mana2 negara termasuklah Arab Saudi pun ada undang2 dan peraturan...jd ikutlah peraturan yg ditetapkan...ALLAH ITU MELIPUTI SETIAP SESUATU....SEMUANYA DGN IZIN ALLAH...YANG ADA HANYA KEESAAN ALLAH SEMATA-MATA....JD yang dok gubal undang2 tu sapa? Dari mana idea dok gubal undang2 tu? Adakah kita nk kata YANG KAFIR itu juga ada kuasa lain yg dok gerakkan mereka? Saudara BOB,carilah ISLAM yang sebenar-benarnya...bukan yang hanya pada namanya saja ISLAM...carilah makna ALIF,SIM,LAM,YAA,MIM....baru kamu tahu betapa bukan sekadar namanya saja tapi meliputi setiap sesuatu...maka tiadalah lagi dunia,tiadalah lagi akhirat..yang ada hanya ALLAH swt.Wassalam

karim said...

salam...saudara bob lokman..macam mana saya nak berhubungan dengan lebih lanjut..mungkin emel atau num fon..nak minta bantuan

karim said...

salamm..cm ner nk contct abg bob??emel ke? fb? num fon?

PUTRAJAYANOWDAYS said...

salam abg bob..........
sy nie seorang anak muda yang sgt meminati kerja seni abg bob sebagai seorang pelawak.......antaranya adalah pi mai pi mai tang tu, 2+1 dan sebagainya.....

saya rasa terharu apabila abg bob suda mendapat hidayah dari ALLAH S.W.T. untuk mengikuti ajaran islam dengan lebih dalam dan membuat kan saya mengagumi abg bob..........

tapi selepas saya mendengar latangan suara abg bob di ceramah2 dan artikel2 abg bob di blog, media dan membuat kan saya berfikir adakah betul ajaran yang abg bob ikut ini adalah benar.....

abg bob bukan saya nk menghentam abg disini sekadar memberi pandangan saya..tapi sebelum tu saya ingin memohon maaf jika ada kesahalahan atau terkasar bahasa dalam tulisan saya ini......

saya cume seorang anak muda yang belum penuh didada ini tapi saya sudah akhir balig (saya tahu membezakan antara baik dan buruk) sesuatu perkara....

adakah abg bob rasa dengan menghentam org dengan menyatakan org lain murtad dengan sesuka hati....itu semua bukan hak kita sebagai seorang manusia untuk menilai manusia lain.......itu semua kerja tuhan yang maha kuasa....

semasa abg terjerumus dalam dunia seni yang belum kita tahu sasihnye kami semua peminat abg tidak pernah sekali mendrikriminasi abg sebagai serang public figure..........

selepas abg bertukar menjadi seorang yang kononnya mendapapt hidayah membuat kan saya rase abg sebenarnya2 belum betul2 mengenali diri abg yang sebenar.....

wsalam....

maaf jika saya terkasar bahasa.....

Ikram Syahmi said...

Alhamdulillah....sy tidak terkata apabila mmbaca artikel ini...Terima Kasih ya Allah..

akumahukansyahid said...

suspek lu bro bub....puak yg kritik lu bro, depa tu suma mangkaq dn macai macai BN dan tolak HUDUD!!!Allah maak....

«Oldest ‹Older   201 – 278 of 278   Newer› Newest»