Saya Mohd Hakim Bin Lokman @ Bob Lokman, tidak akan menyertai mana2 himpunan tanpa mendapat arahan dari pucuk pimpinan parti PAS. Saya merujuk kepada kata-kata TG Presiden, supaya kita bertenang dengan kekalahan dan kalau ada penipuan yakinlah adanya akhirat dihadapan. Pada saya, kita fahamilah berlakunya sesuatu perkara itu diatas kehendak ALLAH dengan hikmah supaya Orang Islam terselamat dari kekeliruan yg lebih besar.
PAS tidak tamakkan kemenangan dengan bandingan usaha yg telah dibuat. Usaha adalah tanggung jawab. Menang kalah adalah hadiah. Bila kita kalah bermakna kita belum cukup bijak menghadapi muslihat lawan. Bila kita marah apabila kalah bermakna kita tak bijak menghadapi musibah yg menutup pintu muhasabah. Tidakkah kita nampak dalam PAS hari ini terlalu banyak kehendak duniawi? Sehingga persepsi kemenangan sebelum sampai ke medan juang PRU 13, mengatasi kepercayaan pada Qadha' Dan Qadar ALLAH.
Kerana itu usaha perlu dibuat utk mematuhi kehendak asal dasar perjuangan parti. Pernah disebut oleh TG Presiden, “macam-macam org ada dalam PAS dan mereka diterima, dengan syarat mereka kena mengikut cara PAS”. Bila manusia lupa kena diingatkan, bila ada penentangan maka kita perlu berdepan sehingga yg salah kembali kepada kebenaran. Dalam perjuangan PAS TG presiden pernah melafazkan bahawa, “kita rela kalah dari menggadaikan Islam”. Maka fahamilah bahawa dalam perjuangan Islam tidak ada konsep individu melainkan ummah. Kalau benar (melalui cerita yg didengar) selepas ini ada proses pencerahan keahlian, saya amat menyokong, kerana ada diantara ahli-ahli PAS yg telah mengibarkan panji-panji di medan yg salah. Semoga mereka kembali wala’ kepada Ulamak.
Sahabat seperjuangan, percayalah bahawa setiap perjuangan ada Tuhannya, dan PAS sedang berjuang kerana ALLAH. Utk kita memahami kehendak ALLAH, maka Ulamaklah pemimpin yg sesuai utk PAS.
Kepada pejuang PAS, kemenangan BN bukan muktamad, kerana dunia belum kiamat. Sekarang kita tahu besarnya akibat persepsi dalam politik. Sesungguhnya jiwa, akal, yahudi dan syaitan kejar mengejar memburu kekosongan. Inilah keagungan demokrasi yg membuat ramai manusia nampak pandai dengan pangkat dan telahan pendapat. Akhirnya manusia tertipu antara permainan dan amanah TUHAN. Akan datang kebenaran yg meruntuhkan kebatilan, dan ALLAH jua yang maha pengampun dan menyelamatkan kita dari kesesatan dan nerakanya. Allahuakbar!
No comments:
Post a Comment