Assalamualaikum.
Takutnya bila nak mula menekan keypad ni. Kenapa? Hati berbisik macam2, fikiran bagai bergendang-gendang. Hati memberikan input utk bercerita mengenai kebenaran. Tapi fikiran mengeluarkan rakaman pujian-pujian yg dibaca di FB. Anehnya kali ini jadi takut dgn pujian dan rasanya seolah-olah aku hampir mati, kerana setuasi baru ini. Bukan juga takut dgn kutukan orang, tapi aku takut aku kehilangan rasa TAQUT pada ALLAH bila banyak ketakutan kpd 'kejadian alam'. Inilah agaknya bila sekolah cuma sampai tingkatan 6 dan belajar Agama kadang2.
Sepatutnya aku hanya takut pada ALLAH sahaja. Tapi macamana nak takut padaNYA sedangkan banyak lagi benda yg menakutkan. Takut tak makan, takut kereta kena tarik, takut tak dapat bayar rumah, takut tak boleh penuhi kehendak keluarga dan macam2 takut. Sebenarnya rasa keseorangan sangat dan rasa jauh dari TUHAN. Seolah-olah aku sedang fana dgn duniawi. Jadi aku berfikir bagaimana untuk menghilangkan rasa takut kepada soal keduniaan. Bekerjalah aku seperti biasa, berlakun atau mengacarakan majlis. Maka hilang rasa ketakutan dalam soal kewangan.
Aku pun pergi bekerja dgn niat utk menyara keluarga. Sepanjang perjalanan sebutlah apa yg sepatutnya sebagai peringatan kepada ALLAH.
No comments:
Post a Comment