Monday, January 31, 2011

DEMI ALLAH

Assalamualaikum.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI PENYAYANG.

Maha Suci Engkau, tiadalah kami berilmu, melainkan dengan apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha mengetahui dan Maha Bijaksana. Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan kehendak ALLAH yang Maha Berkuasa.

ALHAMDULILLAH. Aku amat bersyukur kepada ALLAH kerana memberikan aku peluang untuk kembali ke ruangan ini setelah 2 tahun aku tercari-cari jawapan untuk sebuah kebenaran. Hampir sekali aku membenarkan kebatilan menjadi sebuah haq dalam aliran pemikiran. Hanya ALLAH yang berkuasa memberikan petunjuk diatas jalannya yang lurus.

Setelah aku melalui takabbur demi takabbur, ujub demi ujub, sum'ah demi sum'ah begitu juga kesenangan demi kesenangan, ketakutan demi ketakutan dan setelah 2 kali menghampiri sempadan kematian, akhirnya aku sedar segala yg aku lalui itu sepatutnya ia berlaku dengan penuh kesedaran bahawasa itu semua DEMI ALLAH.

Maka aku kembali mencari jalan yang benar bermula dengan TAUBAT NASUHA kepada setiap perlakuan yang SYIRIK kepada ALLAH. Betapa terlalu lama aku bertuhankan dunia demi menyelamatkan kehidupan dunia dari soal kelaparan hinggalah kepada kemewahan yang melupakan aku kepada tujuan ALLAH menjadikan manusia dan jin di muka bumi ini.

Mengapa aku terpengaruh untuk mengejar dunia yang memang telah diberitahu oleh Almarhum Ayah semasa aku kecil, bahawa dunia ini adalah bala, setan, iblis, yahudi dan nasara, adalah kerana dunia ini telah dibentuk acuannya oleh mereka yang bernafsu besar untuk menjadi hebat pada mata dunia. Bermulanya Malaysia ini dengan nafsu Tunku Abdul Rahman untuk membuktikan bahawa dia boleh melakukan lebih baik dari orang inggeris hinggalah sampai kezaman Mahathir yang bernafsu besar untuk menyatakan kepada bangsa lain di dunia bahawa orang melayu lebih hebat dari mereka. Maka aku pun terperangkap didalam kehendak nafsu besar pemimpin yang berbuat sesuatu kerana sesuatu yang aku kurang faham tetapi yang pastinya bukan KERANA ALLAH. Disambung pula oleh pemimpin selepasnya dengan niat "kerana mu Malaysia", "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" maka kita telah menyimpang jauh dari kehendak ALLAH menjadikan kita sebagai hambanya yang sepatutnya berbuat sesuatu "KERANA MU ALLAH" & 'ALLAH DIDAHULUKAN, TAQWA DIUTAMAKAN".

Kalau dahulu aku bersama-sama membenarkan kemungkaran dan aku berstatuskan munafiq, hari ini ALLAH telah memberikan aku hidayah dan menguasakan aku untuk beriktikad dengan AKIDAH "LA ILA HA ILLALLAH, MUHAMMADURASULULALLAH". Bersama dengan Ahlussunnahwaljamaah aku akan meneruskan sisa perjalanan mencari dan menyampaikan kebenaran kerana aku insaf ramai manusia tidak mahu menjadi jahat, tetapi kerana mahalnya harga nafsu yang perlu dibayar untuk dipuaskan, maka mereka terpaksa memilih jalan yang telah disediakan oleh yahudi dan nasara. Langkah demi langkah aku akan meninggalkan yang haram dan syubhat hingga aku dipertemukan dengan jalan yang benar sebagaimana permohonan aku ketika aku membacakan "IH DINAS SIRA TAL MUSTAQIM" didalam surah ALFATIHAH. Semoga langkah awal ini akan dipermudahkan oleh ALLAH untuk aku mencari teman yang sealiran dan mengajak seramai mungkin umat manusia kembali kepada ALLAH.

Kepada Ibu Bapa, Guru-Guru dan para sahabat, doakan semoga aku sentiasa beristiqamah diatas jalan yang benar dan sentiasa bermujahadah DEMI ALLAH. kepada Umat Malaysia, marilah kita sama-sama mencari perubahan kearah kebenaran dengan menyatakan "TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH" dengan menegah perkara yang boleh menjadikan kita SYIRIK kepada ALLAH.

Sekian dulu sebagai introduction untuk blog ini, hingga bertemu lagi dalam tulisan selepas ini, Assalamualaikum, Takbir- ALLAHUAKBAR.


85 comments:

Ahmad Firdaus Fuzai said...

Dunia adalah sebaik-baik Hamba, tetapi sejahat-jahat Tuan.
Semoga abang Bob dan saya sentiasa dipilih Allah untuk bersama-sama orang beriman, dan diselamatkan daripada tercicir semula. Aamiin.

Allahumma tsabbitnaa...

No Lan said...

wa'alaikumussalam..insyALLAH..amin

najumi said...

Alhamdulillah..

Andainya, Kesalmu berulang lagi,
bagai tiada ruang untuk kembali..
Tika keliru atas kesilapan lalu,
Membelenggu hati dan fikiranmu...

Janganlah berputus asa,
Kerana Allah bersamamu.....

Semerah Jembal said...

alhamdulillah..sama2 kita berdoa supaya kita sentiasa di jalan yang benar!! ameen

SHILAZIZI said...

Hanya Allah sebaik-baik sahabat di dunia ini...

Mummy Dot said...

semoga saya turut istiqomah dalam perjuangan ini..semoga hidayah Nya kekal dalam diri kita.amin.

rilekboy said...

alhamdulillah, saya terkejut dengan penampilan abg bob dlm raja lawak 5 baru2 ni. semoga saya pun join abg bob utk kembali ke pangkal jalan sblm kembali ke rahmatullah, kehidupan yg kekal abadi.

Machina said...

Salam
Teruskan blogging Abg Bob.
Moga Allah sentiasa merahmati.

mrf said...

syukur..anda boleh dijadikan ikutan para artis tanah air..tapi perlukah mengaibkan tunku dan mahathir dgn mengatakan mereka bernafsu besar?? mereka pemimpin negara..berat tanggungjawab yg mereka pikul..dosa mudah jatuh kepada mereka kerana mereka pemimpin..sekurang2nya respek la sket..islam pun ajar menghormati org..bukan mengaibkan org brader..

Syairah Shamri said...

ASSALAMUALAIKUM WBT...
semoga kita semua akan sentiasa tsabat di jalanNya dan tidak dipalingkan hati-hati kita sesudah mengetahui kebenaran ALLAH ini..

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkau Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (Surah al-Baqara: 286)

Husaini said...

Alhamdulillah..Syabas.. tapi dalam bertaubat tu tak payahla mengutuk Bang Bob :-)

AkuSerieS said...

setuju dengn kata2 abg Bob..itulah kbnarannya..tpi msih ad yg xboleh trime kbnaran t'sbut..kite nie brada dlm ngara Islam..dah jd tggunhjwb kpd pmimpin utk m'mimpin kte kpda jlan yg d'Redhai ALlah..bukan m'ngejar duniawi smata2..xperlu lah nak m'nyangkal kata2 abg Bob..

Unknown said...

Alhamdulillah...
islam ya'lu wala yu'la 'alaih..
teruskan perjuangan abg bob...
tiada yang lebih indah,bila kita mengecapi nikmat islam...hanya orang yang 'memekak telinga,menutup mata(hati)' sahaja yang akan rugi selama2nya..
PAS 4 ALL...Allahuakbar!!..

Mr Joker said...

Allah Maha Besar.

adi360 said...

Allahuakbar..

Muhaslly said...
This comment has been removed by the author.
Ore Klate said...

Sdr Bob, tahniah kerana berani menongkah arus masakini w/pun berkemungkinan akan di'ban' oleh media arus perdana. InsyaAllah kejayaan akan bersama kalau membuat sesuatu kerana Allah......

Unknown said...

Alhamdulillah Abg Bob..semoga dengan "wajah baru" abg bob sentiasa mendapat rahmat dan hidayahNya..Insyallah...
Selawat Tafrijiyyah:
“Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam”
Tok guru pesan sokmo, islam ambik cakna,bahagia kita semua! AllahuAkbar3!!

mohd firdaus said...

tahniah abang bob, perubahan yang ke arah yang lebih baik, saya baru baca harakahdaily tadi, tengok yang abang bob dah masuk PAS.

PS: Baru bukak blog ya, insyaallah saya akan follow blog ni.

The Simple Person said...

Salam. Mudahan dengan kembali sdr Bob ke jalan kebenaran akan mengetuk banyak hati-hati yang masih mencari-cari : inilah jalan untuk bahagia yang abadi.

Unknown said...

assalamualaikum..siapa sangka abg bob akn masuk pas....tahniah abg bob,,teruskan mmbangun bsama islam..

tok ggawo said...

assalamualaikum !

Takbir ! Allahu Akbar !.

kepada rmf, iblis dulu hamba Allah yang taat.............tapi sekarang di kutuk dan di jadikan taualdan yang tak baik...........kenapa ?...siapa lebih hebat antara iblis dan manusia, malah sesetengah manusia ada perangai2 iblis......

aku dr amin said...

moga Allah merahmati kita semua. tiada manusia yang tidak pernah mengundang dosa. hakikatnya hanya keampunan yang kita cari. abg bob. macam nak peluk je abg bob

Unknown said...

bukanlah suatu perkara yg mudah utk kita tinggalkan perkara yg dicintai dan menyeronokkan di dunia ni. Namun percayalah ganjaran yg hebat menanti di syurga atas pengorbanan yg dilakukan utk mencari cinta ilahi yg hakiki.

Are-die said...

Istighfar dan Taubat


Nabi Nuh 'alaihis salam berkata kepada kaumnya : "Maka aku katakan kepada mereka, 'Mohon ampunlah kepada Rabb-mu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun, nescaya Dia akan menurunkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula didalamnya) sungai-sungai' ". (Q.S. Nuh : 10 -12)

Are-die said...

Alhamdulillah, syukur Allah masih menyayangi kita. Semoga Abg Bob dan sekelian Umat islam di pengakhiran hidup adalah ISLAM dan Akhir nafas dng "LAILAHAILLALLAH"
insyALLAH..

salmi said...

assalamu'alaikum...
smg Allah merahmatimu..
doakan saya juga tetap istiqamah dlm jalan yg Allah redhai, ihdinassiratalmustaqim..

TQ for sharing

myfirst said...

alhamdullilah

myfirst said...

alhamdulilah

WaK JeNg said...

Teringat Wak saudara Bob Lokman pernah memarahi Wak masa sukan komenwel 1998.. Masa tuh nak Bob Lokman tengah wat setting bunyi.. hihihihi.. Takper, dah lupa pun cerita tuh.. Apa-apa pun Selamat Datang saudara Bob Lokman.. Semoga Allah SWT mempermudahkan kesulitan anda.. Amin.

dinarlovedirham said...

jika jutaan penduduk di atas muka bumi ini menyanjung,menyukai, menyayangi dan memuja kita, tetapi jika Allah Yang Esa tidak menyukai kita,apalah guna kita hidup di dunia ini...

tahniah abg bob,semoga tabah mengharungi cubaan dan godaan yg bakal mendatang..Allah sentiasa bersama abg bob..

Naisyu said...

bergetar sukma saya membaca kekesalan
bro Bob,insyaALLAH mudah-mudahan ALLAH akan mengampunkan dosa kita semua...

Unknown said...

Ana doakan moga terus istiqamah didalam perjuangan hingga Allah menjemput kita....

Jeffri Rahman said...

Alhamdulilah...teruskan perjuangan yg baik ini.

Sarf Freelance said...

Alhamdulillah... Allah S.W.T telah memilih abg bob lokman ke jalan yang diredhai Allah... Allah huakhbar...!!!!

Iman Husni said...

Ya Allah.. Engkau memilihnya, tetapkan hatinya untuk terus berjuang bersama kami, memartabatkan agamaMu. Agama yg kau wahyukan kepada Junjungan Kami Rasulullah s.a.w. Ya Allah, di dalam bulan kelahiran kekasihMu, Kau beri petunjuk kepada hambaMu. Wahai sahabat, di dalam perjuangan ini tiada mudahnya. Haruslah istiqomah dan sabar menghadapi apa jua mehnah dan kerenah dari mereka yg pernah mendekatimu. Jangan kau biarkan mereka menghinamu terutama sekali apa-apa yg berkaitan dengan agamamu, ISLAM. Pertahankan ISLAM kerana Allah. InsyaAllah semua akan menjadi lebih baik dari kehidupan sesatmu dahulu. Ahlan wa Sahlan..

ABOHZAIM said...

alhamdulillah..semoga kita semua sentiasa mendapat hidayah dan taufiq daripadaNya

mran musafir said...

Sama-sama kita berjuang mencari keredhaan Allah s.w.t. Islam sudah sempurna untuk seluruh kehidupan umat, jadi mengapa kita hendak menokoh tambah lagi mengikut nafsu serakah kita.

ummiraihan said...

Alhamdulillah...Bob lokman telah dipilih oleh Allah untuk menyusuri jalan kebenaran.Nasihat saya agar saudara Bob terus istiqomah dengan prinsip perjuangan yang baru ini tanpa menoleh ke belakang lagi. Usah menangisi jejak-jejak sepatumu yang silam kerana itu adalah ketentuan yang sudah tersurat, yang penting susurilah jalanmu di hadapan yang menjanjikan suatu cahaya ketenangan dan keredhaan Allah yang hakiki.
Kepada yang memberi komen yang mengatakan bahawa Bob telah mengaibkan individu2 tertentu itu saya tidak setuju sama sekali.Dalam dunia global hari ini yang penuh dengan sikap keterlaluan dan kurang ajarnya manusia,luahan rasa tak puas hati dalam bentuk apa yang dibuat oleh Bob itu bukanlah perkara yang luar biasa. Kadang2 kita harus bersikap telus dan jujur demi menyedarkan orang lain walaupun kedengarannya agak celupar. Bob menyatakan sesuatu yang BENAR. Umpatan diharuskan pada perkara2 yang diklasifikasikan sebagai 'zalim'. Berani menyatakan kebenaran tidak sama dengan perbuatan mengaibkan orang lain. Sesuatu yang sedia dimaklumi adalah kebenaran sedangkan keaiban adalah sesuatu yang tersembunyi yang orang lain tidak nampak.

mychaci said...

Semuga Allah Taala Yang Maha Pengasih dan Penyayang memberi kesempatan dan peluang kepada kita kembali kejalan hidayah sebelum kita kembali menemuiNya.Allah Taala Maha Berkuasa untuk memilih sesiapa sahaja untuk menjadi penolong agamanya.
Ya Allah kami mengharap keampunan dan keredaan dariMu.

Anonymous said...

bro bob pastikan sg abong tak jatuh ke tangan bee end pr akan datang....berjuang dr syeikh..pr yang lepas dah dibuktikan ...harapn yang tak munasabah telah menjadi kenyataan oleh perjuang2 yang tak seberapa di sg abong...

IrfanzBlog said...

Alhamdulillah Allah telah berikan saudara Bob Lokman hidayah untuk kembali ke pangkal jalan. Soalnya bukan parti mana yg saudara Bob sertai,tetapi agama yg dibawa..

Bylla said...

Alhamdulillah
Syukur ke Hadrat Allah
semoga dakwah dapat dipanjangkan
ke golongan artis yang dah jauh menyimpang dari landasan Allah oleh Saudara Bob.

Musleeh_Asmaan said...

Subhanallah ! ! !
Semoga Allah bukakan pintu2 hidayah kpd umat Islam & bkn Islam utk mnerima islam scara total. insyaAllah

Yanie's Beauty said...

Terima kasih abang BOB, semoga kita sama2 berada di dalam jalan keberkatan, jalan kerdhaan dan jalan kemuliaan. Insyallah doaku dan doamu bersatu demimu YA ALLAH berikanlah hidayah kepada para sahabat dan teman2 di dalam apa jua perjuangan PAS, DAP, PKR, UMO dan BN untuk mengetahui bahawa HANYAMU YA ALLAH Tuhan sekalian ALAM. Semoga kita sama2 beroleh segala nikmat dunia dan akhirat dengan menetapkan batas2 kehidupan berlandaskan AL QURAN dan AS SUNNAH.. AMIN Ya Rabbalalamin...

Unknown said...

Semoga ALLAH memberkati saudara,ALHAMDULILAH...SEMOGA SENTIASA DIBAWAH RAHMAT ALLAH ..INSYAALLAH...TAKBIRRRRR...ALLAHHUAKBAR....WALILAHHILHAM

Irwan bin Ahmad said...

Selagi ada semangat dan keazaman InsyaAllah abg Bob akan mampu memperjuangkan islam yang sebenar dalam jamaah PAS. Jadikan sejarah yang lalu sewaktu abg Bob terlantar dan berkerusi roda ditolak ke sana dan ke mari di HUSM, dengan semangat serta keazaman yang kuat tiada siapa yang menyangka termasuk saya sendiri dapat melihat abg Bob boleh sembuh dan sihat walafiat dengan izin yang maha Esa. Takbir!!!

the collector said...

Assamualaikum Abg Bob Tahniah.Aku tumpang gembira dan juga memberi kesan pada diriku.....aku jua akan mula memperbaiki diriku.....ke arah yang lebih baik lagi....

Firdaus said...

Semoga sentiasa dirahmati Allah s.w.t.....

http://pabilamenulis.blogspot.com/

Ghazali Othman said...

Ar Rahman..Ar Rohim..Sesungguhnya hanya pada Nya kita berpegang teguh dalam perjalanan dan titian dunia ini yang banyak pancaroba. Dalam sedar atau tidak, kita dihanyutkan oleh permaianan syaitan yang mengaburi mata hati kita. Kita sentiasa lalai tapi ruang untuk kita terus bertaubat kepada Allah swt tetap terbuka cuma antara kita hendak atau pun tidak..

mamawana said...

Assalam,

Semoga melalui jalan2 yg dirahmati. Amin.

Ibn Razi Al-Kelantani said...

allahuakbar, alhamdulillah..ssghnya hidayah Allah itu untuk sesiapa yg dikehendaki-Nya..semoga abg bob terus istiqamah untuk mengecap Syurga-Nya.

menjawab pernyataan saudara MRF dgn persoalan, perlukah respek org yang tak respek & membelakangkan hukum Allah? bumi ini milik siapa?

contoh, ada seorang hamba Allah dtg dan masuk kerumah anda berkasut dan tanpa izin, lepas tu buat macam rumah sendiri, apa perasaan anda? inikan pula kita dgn Si Pemilik bumi..

renungkan ayat ini wahai makhluk bergelar manusia "Dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia Yang mempunyai hati (Tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan Yang mempunyai mata (Tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan Yang mempunyai telinga (Tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang Yang lalai." QS Al-A'raf 179

Anonymous said...

assalamu'alaikum wrh.. abg bob..ana RAJA MAHADI student al-azhar mesir..sdg bercuti d msia.abang KENA KUAT ye bang.ujian di akhir zaman ni amat kuat..moga ALLAH SWT pimpin kita smua..lg 1 bang, plg pntg utk abg sntiasa berada didalam AQIDAH AHLUS-SUNNAH WAL JAMA'AH yg SAHIH..kerana zaman skrg macam2 pemikiran ade.antaranya yg ana lihat plg berleluasa sekarang di msia antaranya WAHABI, SYI'AH, HIZBUT TAHRIR, AL-ARQAM, QADIYANI dll lg..moga abg berhati2.. dalamilah ILMU AGAMA YANG SAHIH dgn TUAN2 GURU serta ULAMA' AKHIRAT..bukan ULAMA' SELEBRITI ,KEJAR DUNIA & PANGKAT SERTA KEMASYHURAN..Allah..Allah..

syera said...
This comment has been removed by the author.
syera said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

salam.ketika saudara wat adegn kuar raja lawak(rcgn yg saye amat2 xstuju tp trtengok...sb teman family mkn..) saya sangka saudara masuk tabligh.hati saya ucpkn hamdalah.Satu mlm tu..saya tgh solat..tp jeritan anak saya sampai termasuk dlm solat saya..katanya...abah..bob lokman masuk pas.Waktu sujud itulah saya menitiskn airmata berkongsi hidayah saudara.mgucapkn hamdalah sekali lagi di atas penghijrahan saudara.Kini kita bukan lagi musuh..tetapi saudara seislam yang maukan hukum Allah ditegakn di bumi Allah ini.TAKBIR3x

salmi said...

saudari zaridah220110:
komen yg baik, cuma perkataan "musuh" itu serasa saya kurang sesuai. seorang muslim yg 'sesat' atau tersilap langkah lalu tidak berada di landasan keredhaan Allah bukanlah "musuh" kita. mereka tetap saudara seIslam kita, yg memerlukan bimbingan dan bantuan kita. doa dan usaha dakwah secara berterusan, sabar dan hikmah adalah sunnah rasulullah s.a.w. yg sgt wajar diikuti.

Allah berfirman dlm surah Al-Fathu, ayat 29:"Muhammad adlh utusan Allah dan org2 yg bersamanya bersikap keras terhadap org2 KAFIR tetapi berKASIH SAYANG sesama mereka....." (kafir = tidak mengaku Allah sbg Rabb dan Ilah)

smg Allah terus pimpin hati2 kita utk bersikap tegas dan keras terhadap Kafir dan berlemah lembut, menegur dgn hati yg ikhlas penuh kasih syg terhadap saudara2 seiman, saudara seislam walau dimana walau siapa pun dia.
wallahua'lam.

Ameer said...

syukur alhamdulillah abg Bob..... amin....semoga perjuangan abg Bob berjaya...

Me? said...

Dalam melalui jalanNya, jangan kita sampai memusuhi saudara kita yang sama-sama telah menyatakan kalimah Laillahaillah, Muhammadur rasulullah..kerana iman itu adalah kurniaan dan hak Allah. Tugas kita hanya berdakwah serta menunjukkan peribadi & akhlak yang baik. Ingatlah ketika Nabi disakiti oleh golongan yang ingkar, hingga luka didahinya kerana terkena batu...Jibril meminta Nabi berdoa kepada Allah supaya memusnahkan kaum berkenaan sebagaimana musnahnya kaum2 yg ingkar yg terdahulu...apa kata Nabi? Nabi adalah kekasih Allah...tetapi Nabi tidak bertindak sepertimana tingkahlaku puak yg ingkar tersebut...Nabi tetap berlemah lembut kecuali kaum yg menentangnya itupun selepas diberikan peringatan..

Maka...berdakwahlah dgn cara yg bijaksana & akhlak & budipekerti yg baik tanpa perlu melukakan hati orang lain..kerana lidah itu amat tajam tusukannya

azwan said...

allahuakhbar...

Unknown said...

salam.Tumpang lalu bro bob...nak say thanks to salmi and to Ah Beng.. gak..Trime kasih di ats teguran saudara2..teringat pulak kat kitab Bahtera Penyelamat..

salmi said...

salam ziarah bro bob n all;
syukran to ah beng :-) well-said.
thanks to zaridah220110 too.
kita sememangnye sgt perlu kpd org lain utk saling tegur dan mnguatkan. jgn lupa doakan saudara2 kita tetap dlm nikmat iman dan islam smp bertemu yg Esa dlm redhaNya.

Ah Beng ada blog ke? tentu menarik. letak la link kt sini sbg perkongsian ilmu.

Sufiana Mohamed said...

Moga kita semua terus istiqamah dalam perjuangan dan agama Islam yg suci ini...ameen ya Rabb

Sufiana Mohamed said...

Moga kita semua terus istiqamah dalam perjuangan dan tetap pd agama Islam yg suci ini...ameen ya rabb

Unknown said...

ALHAMDULILAH UNTUK ABG BOB... RASA TERUJA SAYA DIBUATNYA... BILA ABG BOB DECLARE MASUKKK PASS.. SATU PERJUANGAN YG PATUT DITERUSKANN DEMI MENYAHUT CABARAN UTK BERJUANG DI PARTI ISLAM YG SEBENAR.. SAYA MERASA BANGGA SGT2 PADA ABG BOB DITENGAH2 PAS DI CACI DI MEDIA.. TAPI ABANG BOB TETAP MENYAHUT CABARAN UNTUK MEMPERJUANGKAN ISLAM... TAHNIAH UNTUK ABANG BOB

Noorul Izuddin Syahmi Nordin said...

saya tak percaya ni blog abg bob lokman. Buktikan.

Unknown said...

Untung kau bob menganut pas, sebab kalau Allah tak ampunkan dosa-dosa kau yang lalu, kau boleh minta ampun dengan anak Allah. Kan Allah PAS ada anak.

mzams said...

alhamdulillah... niat abg bob sgt baik, tapi caranya tidak sesuai. bnyk lagi cara utk fisabilillah selain berpolitik. jgn sampai menjatuhkan maruah pemimpin islam yg lain, kerana tunku kita masih lagi beragama islam, kerana tun kita masih lagi boleh ke masjid dan beribadah dgn aman. saya bukan org yg pandai agama atau berpolitik, cuma Allah bg akal utk berfikir, kudrat utk bertindak. setiap yg berlaku ada hikmahnya. carilah "Golongan yg Sedikit", abg bob akan berjaya di dunia dan akhirat. Amin.

korie said...

Hahaha..Geli hati betullah aku tengok para pencacai UMNO ni..
Menonjolkan diri, mengeluarkan fatwa & kata-kata dengan pelbagai cara, bagi nampak ianya benar & memastikan ianya berkesan.
Benarlah kata-kata rakan-rakan lain yang turut sama memberi komen, mereka ni tak ubah seperti syaitan yang menghasut & menghalang seseorang yang ingin kembali kepangkal jalan. Ada cara lembut, ada cara yang kasar.
Kalau aku cakap yang mereka ni bodoh sombong, mereka akan kata aku cakap kasar..
Sebelum bagi komen untuk menyuarakan idea or pendapat tu tolonglah rajin-rajinkan diri untuk baca komen-komen terdahulu tu. Jangan jadi bodoh sombong. Jangan fikir hanya kita yang betul. Ada banyak & pelbagai komen & pendapat kat sini. Ambil masa untuk baca & fahamkan. Then fikirkan. Kalau betul apa yang diperkatakan, kena terima, kena redha. Tak perlulah nak argue. Jangan ego.
Then nanti tak adalah kita ulangi kata-kata or pendapat yang sama yang memerlukan penerangan diberikan sekali lagi. Penat je rakan-rakan yang lain tulis panjang-panjang untuk bagi faham. Hargailah sikit usaha mereka tu.
Janganlah tunjukkan sangat kegelapan hati kita, kelemahan iman kita & kekurangan pengetahuan kita tentang agama. Kan memalukan diri kita sendiri je nanti tu.
Apa-apapun, yang penting jangan tunjukkan sangat kebodohan & kejahilan kita kat sini k..: )
Wallahua'lam..

Unknown said...

Kau tau bob, aku adalah penyokong tegar pas sejak PR8 dulu. Tapi bila PAS dah komplot dengan DAPig yang anti islam dan negara islam dan PAS mengatakan Allah ada anak, aku mula sabotaj PAS. Aku keluarga dan yang seangkatan drngan aku, bersumpah tidak akan menyokong PAS selagi PAS masih bersahabat dengan DAPig dan masih menyatakan Allah ada anak.
Nauzubillah hi minzalik...

zaini PDK said...

ALLAH selamatkan tuan...
Tuan telah mendapat petunjukNYA.
Kita berdoa dan menyedarkan mereka...KeIZINan kehidupan kita ini semata2 datang daripada ALLAH.
Alhamdulillah..

shafrisalleh said...

Asslmkm, Tunjukkan sifat yg mulia dan berbudi bahasa baru kita terpikat, buangkan sikap suka mencaci dan membenci. tunjukan kepada orang2 lama cara baru, cara yg sebenar dan mulia, sebab nya saya selalu terjumpa di jalanraya berserban putih tapi bawa kereta macam ??? di belakang kereta "ISLAM THE WAY OF LIFE" subhanallah

admin said...

tahniah bro Bob :)

Mohamad Amirul Amin Maula Lokaman Hakim said...
This comment has been removed by the author.
dinnna said...

Tahniah atas perubahan yang terbaik. Teruskan perjuagan yang baik. Pandang belakang yang gagal sebagai panduan pembetulan ke jalan yang lebih baik. Terukan... teruskan..

dinnna said...

Tahniah atas perubahan yang terbaik. Teruskan perubahan ini. Jangan pedulikan apa orang kata. Jika kita rasa kita betul, teruskan perjuangan.

salmi said...

assalamualaikum...

to kuntakintea:
kita kena baca sirah, hayati dan cuba fahami tiap tindakan rasulullah dlm mentadbir dan menyelesaikn mslh ummah. drp sirah nabi muhammad, kita ikut sunnahnya, ambil ibrah / pengajaran.

cuba lihat...setelah berhijrah ke madinah, apa yg rasulullah s.a.w buat? adakah rasul saw memaksa semua org yahudi dan nasrani/kristian masuk islam? tidak. adakah rasulullah membunuh mrk jika menolak islam tanpa budi bicara? tidak. bukankah rasulullah membuat perjanjian dgn mereka? ya... cuba cek perjanjian apa namanya dan apa isinya :-) bukankah yg menolong rasulullah dlm hijrah dan dlm perjalanan memasuki mekah semula adalah org 'kafir' yg tidak mengakui keesaan Allah dan kerasulan muhammad saw?

just take a break, kita selak blk sirah nabi dan bljr drpdnya utk berjaya dunia akhirat.

wallahua'lam.

wslm

salmi said...

salam..

bro bob & dinna khususnye...
ingatan buat diri sy terutamanya.

sdkt terpanggil utk mencoret komen apb terbaca komen dinna.."Jangan pedulikan apa orang kata. Jika kita rasa kita betul, teruskan perjuangan"

sy bersetuju, smg kita sama2 teruskan perjuangan utk sentiasa berada dlm keredhaan Allah. cuma ada sdkt penambahbaikan dlm ayat tersebut...
sebaiknya kita tukarkan "jika kita rasa kita betul" kepada "jika Allah kata kita betul" sbb kalau KITA RASA, mungkin perasaan kita tak berasas pd Allah (Quran dan sunnah). sebetulnya kita bertindak sesuai dgn pandangan Allah tak peduli apa org lain nk kata atau cemuh. sy yakin ini yg dinna maksudkan (",)

syukran jazilan.
Allah knows best.

salam ukhuwah.

cepot said...
This comment has been removed by the author.
cepot said...

Barang siapa tiada memegang agama
Segala-gala tiada boleh dibilang nama

Barang siapa mengenal yang empat
Maka yaitulah orang yang ma’rifat

Barang siapa mengenal Allah
Suruh dan tegaknya tiada ia menyalah

Barang siapa mengenal diri
Maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri

Barang siapa mengenal dunia
Tahulah ia barang yang terpedaya

Barang siapa mengenal akhirat
Tahulah ia dunia mudharat

Ika Suraya said...
This comment has been removed by the author.
abuqhalish said...

Amin Ya Rabb... Allah sentiasa bersama-sama orang yang sabar...

Fadly said...

Dulu masa Abang Hakim jadi penceramah maksiat, bertimpa2 anugerah dapat. tapi lepas Jadi penceramah Islam, berderet dapat surat denda ye?

arlissaa said...

DEMI ALLAH..BOB LOKMAN JANGAN SEWENANG2 NAK LABEL ORANG JOHOR MURTAD..KAU SIAPA NAK HAKIMI ORANG..SENDIRI PUN BARU NAK KENAL TIKAR SEMBAHYANG..DOSA SILAM PUN BELUM TENTU TERAMPUN..APA YANG KAU FITNAH TERHADAP ORANG JOHOR TU SAMA BERATNYA SEPERTI DOSA MEMBUNUH!!!

Unknown said...

semoga allah menunjukkan jalan hidayah serta petunjuk kebenaran diatas keikhlasan serta istiqamah bos dalam mencari redha ALLAH