Tuesday, May 21, 2013

Mengapa?

Mengapa orang arab jahiliyyah boleh percaya Nabi bertemu Jibril? Mengapa mereka boleh percaya apa yang diucapkan oleh Muhammad saw mengenai beriman kepada ALLAH dan hari kemudian? Mengapa mereka boleh percaya dengan peristiwa Israk dan mikraj? Mengapa mereka boleh berhijrah ke Madinah.? Mengapa mereka sanggup berlapar sedang mereka mendirikan sembahyang? Mengapa mereka sanggup berkaki ayam meranduk medan perang? Mengapa mereka sanggup berkongsi sebiji tamar diantara 60 orang? Mengapa mereka sanggup memaafkan individu yang meragut nyawa insan tersayang bila individu tersebut memeluk Islam? Mengapa mereka sanggup berpisah sebagai suami isteri atas arahan Nabi saw? Mengapa, mengapa dan mengapa?
 
Mungkin kita rasa kerana mereka berbangsa arab dan Nabi Muhammad saw juga datang dari bangsa yang sama. Kalau begitu mengapa pula bangsa melayu Malaysia selepas zaman  melayu Melaka dipermudahkan keIslaman mereka dengan melalui proses kelahiran terus kedalam keluarga Islam? Sedangkan ada bangsa-bangsa lain yang tidak mendapat kemudahan sebegini. Banyak lagi mengapa yang akan muncul, jika kita terlupa kepada Pencipta persoalan yang melahirkan perkataan 'MENGAPA'.

Semuanya kerana Iradah @ kehendak ALLAH. Jadi mengapa tidak kita yang juga mempunyai kehendak, meneliti adakah kehendak kita selalunya sama dengan kehendak ALLAH. Tidakkah semestinya kehendak ALLAH sudah tentu lebih baik dari kehendak kita? Maka bila kita menerima kekurangan mengapa kita selalu merasa kurang? Apa kelebihan yang kita ada untuk kita menolak sesuatu kekurangan? Sedang kita hanyalah barang ciptaan yang banyak bertanya tetapi terlupa mengapa kita tercipta? Sekali lagi ALLAH sebagai jawapan.

Hari ini kita bertanya kepada mereka yang juga terlupa mengapa mereka dicipta. Maka jawapan yang diterima adalah sebagai penyelesaian sementara yang tidak mengembalikan kita kepada pencipta 'mengapa' itu sendiri, sedang kita berpuas hati tanpa mendapat isyarat jelas bahawa kita tidak menghampiri kebenaran. Maka musuh zahir dan bathin meresap masuk kedalam politik, sosial, ekonomi, budaya, fesyen dan musik serta menunggu perselisihan agar mereka sentiasa berada ditengah untuk memberikan jawapan yang menyesatkan,

Perlulah kita bertenang semasa ribut bergelora supaya kita tidak buntu bila bumbung rumah kita bocor atau bila tingkap terbuka. Adalah tidak bijak semasa ribut bergelora kita meredah ribut untuk melihat lembu dikandang, sedang anak isteri mengigil dirumah sendiri. Maksudnya ada perkara yang kena kita uruskan dan ada perkara yang kena kita serahkan pada ALLAH. Kerana ALLAH tidak pernah menzalimi ciptaannya. Peluang yang kita terima ini hendaklah kita serahkan kembali kepada ALLAH sebagai sikap tawakkal sambil melihat dimana lagi kekurangan yang perlu kita baiki selagi belum turunnya kiamat.

Monday, May 20, 2013

News for PAS Malaysia. (18 may malaysia kini)

Ini kata-kata orang pandai akhir zaman melalui malaysia kini. Saya biarkan tulisan ini sementara saya membelek "kamus oxford", kemudian saya akan memberikan pendapat yang diperolehi dari "kamus ox-tail". Read it with the correct pronunciation or they will know you read UTUSAN MALAYSIA too much.



PAS failed to change, so it was changed
            11:16AM May 18, 2013              

YOURSAY 'It's difficult for PAS to retake Kedah. The new MB, Mukhriz Mahathir, is an aristocrat. He knows the game well.'

'Failure to take on criticism spelled Kedah PAS downfall'

your sayAnonymous #44199885: The lesson for PAS in GE13 is that it needs to be a moderate party. In a fast growing and complex world, a government - whether state or federal - needs to be more responsive and proactive to the differing needs of its people.

PAS had a real chance to prove that it has the capacity and technical ability to lead this nation and it failed to make a success of it.

It has good and appealing leaders such as Salahuddin Ayub, Husam Musa, Khalid Samad, Nizar Jamaluddin, etc, and they should bring these leaders to the forefront.

ONG: Universiti Malaya Centre for Election and Democracy Studies (Umcedel) director Mohammad Redzuan Othman is being too kind and overly diplomatic in his assessment and analysis of PAS' failures.

First, he describes a 'non-performing' Kedah menteri besar as a 'not high-performing' menteri besar, giving the impression that the MB was still a well-performing one.

After that, he described people who are prone to selling their votes for RM500 as people who "are taken in by budi (good deeds)."

YF: The failure of PAS to retain Kedah shows the obvious folly within the party itself. Relying on incompetent ulama to lead a state is toying with disaster.

PAS needs professionals who have both technical skills and spiritual integrity. I am sure PAS has many of these professionals but they have been suppressed by the lofty ulama. Sad case, PAS.

Kunta-Kinte: Kedah is a good lesson for PAS. A blessing in disguise, really. I hope they will take stock from this episode and move on.

As for Umno, they are the party representing the subdued rural populace, while Pakatan Rakyat represents the informed and the future.

Gggg: Kunte-Kinte, PAS will never learn. They lost Terengannu because of arrogance and now Kedah. In GE14, without Tok Guru, even Kelantan may fall to BN. Unless PAS changes or it will be changed.

NoBN4me: PAS' arrogant attitude is all around. They look at their own strength but not voters' impressions.

Kelantan after Nik Aziz Nik Mat may face the same problem. The situation in Kedah was inevitable but they refused to accept that fact.

Son of PJ: I do not want to say too much on former Kedah MB Azizan Abdul Razak as he had suffered a tremendous tragedy in terms of his health but to put it mildly, he is too much of a simpleton to really govern a state.

I am quite certain PAS leader Mahfuz Omar will be a much better candidate.

ABBN: PAS president Abdul Hadi Awang and secretary-general Mustafa Ali should resign and be held responsible for the mess in PAS Kedah.

Numerous appeals and warnings were issued by party members as well as local supporters and community leaders in Kedah to take immediate rectification measures such as changing the state leadership.

But these two leaders, due to their personal friendship to Azizan, refused to consider the advice, and adamantly allowed Azizan and his cronies to continue, resulting in the eventual loss of Kedah.

MatrixLYN: The ‘orang kampung' need to understand that the money does not belong to PM Najib Razak or Umno or BN. It belongs to the rakyat.

There is no need to thank Umno. Once they understand this, they will know they don't owe them anything.

P Dev Anand Pillai: So the moral of the story is keep them poor and dumb and they will keep you in power. If you think of educating them, you will be in for trouble.

It is a simple theory that works well in Malaysia where we produce graduates who are unable to think.

Anonymous #57883242: In time to come, more Malaysians will vote on the individual's performance and not on party lines. Race and religion will become irrelevant.

Swipenter: This goes to show that Najib/Umno invented the myth of a "Chinese tsunami" just like they invented the social contract to demonise and justify unequal treatment for the non-Malays.

It is clear that there is a rural-urban divide in voting patterns. The educated and informed voters voted on issues and the less informed voted for money and on emotions stirred up by Umno's propaganda.

The divide-and-rule tactics are clearly losing ground to ideals of equality, social justice, fairness, rule of law and a transparent, responsible and accountable government where corruption is abhorred.

As our country becomes more urbanised, population more educated and Internet savvy, voters are going to vote on issues confronting the country and not on cheap handouts, race and religion.

Comrade in Arms: It's difficult for PAS to retake Kedah. The new MB, Mukhriz Mahathir, is an aristocrat. He knows the game well. As long as he satisfies the Malays and the Indians, PAS can forget about Kedah.

James Dean: It's not that BN won Kedah but rather PAS lost Kedah.


Ini pandangan mereka yang melihat keluar dari kotak kepala mereka sendiri. Didalam zaman yang serba moden ini segala pandangan manusia menjadi ukuran, apa lagi kalau tukang ukur ini mahir dengan formula yang mendatangkan keuntungan ekonomi. Tetapi kalau ditanya kepada tukang ukur mayat dan lubang long dalam kubur, jawab mereka, "WALLAHUA'LAMBISSAWAB". Kalau kita ikut sangat kepandaian dunia ni, akhirnya sembahyang orang PAS akan jadi sama dengan sembahyang orang UMNO. Inilah yang pernah dikatakan oleh TGNA kerana kita akan tidak lagi melihat POLITIK itu sebagai IBADAT. Kemenangan sembahyang itu bila ianya diterima oleh ALLAH nanti. Persoalannya sembahyang yang mana dan bila? Kerana sembahyang semalam tak sama dengan sembahyang hari ni atau esok. Mereka banyak risau bila nak menang, sedangkan kita risau adakah kita akan menang dengan cara yang betul. Maka perbaikilah cara kita berjuang seperti hari pertama kita disuruh sembahyang, sehingga kita bertemu dengan ALLAH nanti. ALLAHUAKBAR

Sunday, May 19, 2013

Aku Perlukan Ulamak Sebagai Pemimpin !!!

Persoalan yang belum selesai membuahkan pelbagai keadaan. Dijalanan masih lagi berombak lautan manusia yang diolak ribut seruan protes yang tidak berpuas hati dengan penipuan PRU 13. Diakhbar dan TV penafian terhadap penipuan dijelaskan dengan serendah-rendah suara yang memungkinkan lahirnya simpati dari mereka yang tercungap-cungap kelemasan ditengah keadaan.  Di FB dan laman sosial, tercetusnya pelbagai pertikaian antara beberapa pihak dengan gaya pendita dan pendosa yang percaya kepada pendapat masing-masing. Saya dan admin yang mengelolakan fanpage saya juga terpisah diatas pendapat masing-masing. Dia bersetuju dengan aktiviti jalanan dan saya berpegang kepada pendapat Ulamak PAS yang tidak bersetuju dan Presiden yang tidak menggalakkan.

Kepada mereka golongan yang pandai dan tinggi persekolahannya, mereka percaya apa yang mereka perbuat adalah betul. Kerana sepanjang usia muda mereka telah dihabiskan dengan bersungguh-sungguh untuk mereka melepasi ujian dan peperiksaan sebelum disahkan sebagai orang yang pandai. PKR umpamanya, terdiri dari mereka yang mempunyai nilai pendidikan yang hebat dan ideologi yang progressif, selain dari gaya harian yang ranggi sebagai pencapai status tamadun terkini. Juga tidak dinafikan bahawa pendokong UMNO terdiri dari mereka yang berlatar belakangkan universiti-universiti tersohor dunia, keluarga bangsawan dan cara gerak laku yang mencapai status ketuanan. Bahkan ada diantara mereka "dipandaikan" diuniversiti yang sama. Maka sudah tentu ketua-ketua mereka terpilih dikalangan kelompok yang paling bijak, sehingga setiap kenyataan dari ketua-ketua ini dipertahankan oleh penyokong masing-masing. Lanjutan dari itu, pengikut masing-masing pula meluahkan kata-kata dilaman maya mahu pun masyarakat nyata mengikut kadar pandai sendiri, hingga ada diantara mereka tidak sedar, tersepit dalam ruang perjuangan tersirat kerana terperangkap dilantai menifesto yang tersurat.

Lantas bagaimana saya? Ahli biasa PAS yang diarahkan untuk terus berjuang menentang khurafat dalam pemerintahan. Apa kekuatan yang ada pada saya untuk dibandingkan dengan mereka yang diatas? Kepandaian dan kekuatan ideologi yang berada dibawah par, kekuatan harta dan jiwa yang tidak setara dengan kekuatan seekor penyu dan jauh dari imej sebagai seorang penyokong tegar. Sedangkan PAS itu sendiri sebagai sebuah parti yang terlahir lima tahun setelah besarnya UMNO, dipandang sebagai parti "lebaian" dan "comot" dibandingkan dengan arus pembangunan tamadun moden. Terkini PRU 13, memberikan persepsi bahawa PAS tidak mempunyai kemungkinan untuk memerintah berbanding DAP. Lebih dahsyat lagi lantaran kepercayaan kepada slogan-slogan propaganda, seperti "ini kalilah" dan macam-macam lagi menyebabkan tumbuhnya pelbagai teori kempen berbentuk semasa dalam PRU 13. Hingga ada ahli PAS yang menulis didalam FB, jangan membicarakan isu syurga dan neraka sebagai bahan kempen kerana ianya akan membuat PAS bakal kalah. Sebagai gantinya isu ekonomi dicadangkan menjadi bahan kempen PAS kerana ada golongan yang sudah tidak sabar untuk mendapatkan cuti kemenangan, seolah-olah mereka membiarkan ALLAH melihat PRU 13 tanpa berkehendak keatas agamanya dibumi Malaysia. Selepasnya timbul pula implikasi dari beberapa perselisihan pendapat dan kehendak, contohnya kes Kota Damansara, kes Sungai Acheh dan kes Husam Musa serta kekalahan PAS di Kedah, telah membiakkan sentimen baru dimana munculnya puak yang melupakan peranan ULAMAK didalam perjuangan dan yang lebih bahaya alun kecil ini bakal menjadi ombak besar untuk menolak ULAMAK dari gelora perjuangan.

Kembali kepada saya yang menjadi ahli PAS kerana ingin dipimpin oleh mereka yang berjuang untuk beramal soleh didunia dan beriman dengan hari akhirat. Kepercayaan ini tidak boleh diketepikan lagi walau pun datangnya Doktor Fathul Bari dengan berbaju merah, membacakan serapah, kerana kasih  kepada ummah. Semakin hari kepercayaan saya bahawa setiap dosa yang pernah saya lakukan akan mendapat balasan siksa dari ALLAH jika stock pengampunan tidak saya perolehi. Untuk itu bagi menggantikan dosa yang lalu saya mencari hidup berkebajikan dan memberikan kebajikan pada Agama, diri dan makhluq. Maka saya perlu sandaran. Mungkin ULAMAK haraki PAS tidak berpakaian sekacak pemimpin UMNO yang mempunyai pelbagai tema, atau kalau nak dibandingkan dengan AJK PAS sendiri, seperti Dato' Mahfuz, Salehuddin Ayub, Husam Musa, Haniffa Maideen atau yang paling simple, saudara Khalid Samad, tetapi tidakkah kita percaya bahawa nikmat hidup yang kita rasai hari ini adalah kerana adanya keberkatan ULAMAK sebagai pewaris NABI-NABI yang merahmati seluruh alam. Apakah sudah luntur kepercayaan kita kepada kekuatan ghaib yakni ALLAH? Dengan sebab saya tiada berilmu dan lemah dalam mujahadah, maka agar tidak tertipu dengan mainan dunia yang pelbagai, dimana ramainya manusia yang pandai, maka saya belajar untuk taat kepada pemimpin yang taat kepada ALLAH dan RASUL. Yakin dengan taqdir ALLAH meletakkan saya sebagai pejuang, maka tidak saya bergerak secara sia-sia melainkan setelah ULAMAK berkata sebagaimana ALLAH berkata, dan saya mohon mati sebagai HAMBA. ALLAHUAKBAR.



Wednesday, May 15, 2013

Catatan-catatan kecil sebelum PRU13

4 tulisan saya sebelum pilihanraya sebagai refleksi kepada beberapa tulisan yg saya baca didalam FB saya. Semoga ianya memberikan menfaat dan mohon maaf andainya menyakitkan.


Bob Lokman May 1
Kegagalan kepada kebenaran dari sudut pentadbiran atau apa saja ada kena mengena dengan soal keikhlasan. Keikhlasan perlukan daya kenal yg kuat terhadap Tuhannya dan penghasilan keyakinan yg tinggi. Maka manusia akan berbuat sesuatu kerana Tuhannya. Ini namanya akidah. Diatas sebab manusia nampak Tuhan dalam perlaksanaan kehidupan maka peringatan terhadap syurga neraka menjadi relevan supaya mereka mempunyai niat yg tidak kerana lain selain ALLAH dan bertindak utk kebaikan dunia dari sudut apa pun sebagai amal saleh yg memberikan kebaikan akhirat dan selamat dari neraka ALLAH. Jgn dipisahkan apa saja urusan dgn ALLAH maka kita akan terpelihara InsyALLAH.


Bob Lokman April 29 via mobile
Demi nafsu ada yg kata jika PAS memerintah, dunia seni akan berkubur. Andai kata benar2 PAS memerintah, kesenian tetap menjadi agenda negara bahkan dalam keadaan yg lebih berkat, sudah tentu dalam pilihanraya yg akan datang, pihak yg sama juga akan berkata jika PAS terus memerintah industri pelacuran pulak akan berkubur. Kalau industri seni berkubur, masalahnya tak lama, tapi kalau orang seni berkubur bagaimana jawapannya bila ditanya pengenalan terhadap RAABnya melalui cara hidup seni yg tidak menghidupkan agamanya? PAS tidak mengharamkan seni, tapi PAS tahu dimana harusnya seni. Insaflah demi pembalasan dihari kemudian.


Bob Lokman April 28 via mobile
Bukan semua orang PAS betul dan bukan semua UMNO tak betul. Tapi yg jelasnya selama 55 tahun ni, PAS memang BETUL dan UMNO memang TAK BETUL. Namun PAKATAN belum tentu MENANG kerana BN belum sanggup menerima keKALAHan. Kalahnya KEBENARAN kerana KEKURANGAN, menangnya KEBATILAN kerana ISTIDRAJ oleh TUHAN.


Bob Lokman April 21 via mobile
Perhalusi dengan tahu dan akal, kita akan nampak apa itu bijak yg tak boleh dipelajari dan bodoh yg tak boleh diajar. Itulah pemimpin zaman ini dan pengikutnya. Orang yg bodoh InsyaALLAH akan sampai dgn menaiki bas yg dipandu oleh pemandu yg patuh dgn undang2 dan mengulangi jalan yg sama bertahun-tahun, tetapi pemandu yg cekap dgn kereta berkuasa besar mungkin akan sesat jalan atau kemalangan kerana tidak biasa dgn JALAN YG LURUS.

TAQUT

Assalamualaikum.

Takutnya bila nak mula menekan keypad ni. Kenapa? Hati berbisik macam2, fikiran bagai bergendang-gendang. Hati memberikan input utk bercerita mengenai kebenaran. Tapi fikiran mengeluarkan rakaman pujian-pujian yg dibaca di FB. Anehnya kali ini jadi takut dgn pujian dan rasanya seolah-olah aku hampir mati, kerana setuasi baru ini. Bukan juga takut dgn kutukan orang, tapi aku takut aku kehilangan rasa TAQUT pada ALLAH bila banyak ketakutan kpd 'kejadian alam'. Inilah agaknya bila sekolah cuma sampai tingkatan 6 dan belajar Agama kadang2.

Sepatutnya aku hanya takut pada  ALLAH sahaja.  Tapi macamana nak takut padaNYA sedangkan banyak lagi benda yg menakutkan. Takut tak makan, takut kereta kena tarik, takut tak dapat bayar rumah, takut tak boleh penuhi kehendak keluarga dan macam2 takut. Sebenarnya rasa  keseorangan sangat dan rasa jauh dari TUHAN. Seolah-olah aku sedang fana dgn duniawi. Jadi aku berfikir bagaimana untuk menghilangkan rasa takut kepada soal keduniaan. Bekerjalah aku seperti biasa, berlakun atau mengacarakan majlis. Maka hilang rasa ketakutan dalam soal kewangan.

Aku pun pergi bekerja dgn niat utk  menyara keluarga. Sepanjang perjalanan sebutlah apa yg sepatutnya sebagai peringatan kepada ALLAH.

Wala' Kepada Perjuangan

Saya Mohd Hakim Bin Lokman @ Bob Lokman, tidak akan menyertai mana2 himpunan tanpa mendapat arahan dari pucuk pimpinan parti PAS. Saya merujuk kepada kata-kata TG Presiden, supaya kita bertenang dengan kekalahan dan kalau ada penipuan yakinlah adanya akhirat dihadapan. Pada saya, kita fahamilah berlakunya sesuatu perkara itu diatas kehendak ALLAH dengan hikmah supaya Orang Islam terselamat dari kekeliruan yg lebih besar.

PAS tidak tamakkan kemenangan dengan bandingan usaha yg telah dibuat. Usaha adalah tanggung jawab. Menang kalah adalah hadiah. Bila kita kalah bermakna kita belum cukup bijak menghadapi muslihat lawan. Bila kita marah apabila kalah bermakna kita tak bijak menghadapi musibah yg menutup pintu muhasabah. Tidakkah kita nampak dalam PAS hari ini terlalu banyak kehendak duniawi? Sehingga persepsi kemenangan sebelum sampai ke medan juang PRU 13, mengatasi kepercayaan pada Qadha' Dan Qadar ALLAH.

Kerana itu usaha perlu dibuat utk mematuhi kehendak asal dasar perjuangan parti. Pernah disebut oleh TG Presiden, “macam-macam org ada dalam PAS dan mereka diterima, dengan syarat mereka kena mengikut cara PAS”. Bila manusia lupa kena diingatkan, bila ada penentangan maka kita perlu berdepan sehingga yg salah kembali kepada kebenaran. Dalam perjuangan PAS TG presiden pernah melafazkan bahawa, “kita rela kalah dari menggadaikan Islam”. Maka fahamilah bahawa dalam perjuangan Islam tidak ada konsep individu melainkan ummah. Kalau benar (melalui cerita yg didengar) selepas ini ada proses pencerahan keahlian, saya amat menyokong, kerana ada diantara ahli-ahli PAS yg telah mengibarkan panji-panji di medan yg salah. Semoga mereka kembali wala’ kepada Ulamak.

Sahabat seperjuangan, percayalah bahawa setiap perjuangan ada Tuhannya, dan PAS sedang berjuang kerana ALLAH. Utk kita memahami kehendak ALLAH, maka Ulamaklah pemimpin yg sesuai utk PAS.

Kepada pejuang PAS, kemenangan BN bukan muktamad, kerana dunia belum kiamat. Sekarang kita tahu besarnya akibat persepsi dalam politik. Sesungguhnya jiwa, akal, yahudi dan syaitan kejar mengejar memburu kekosongan. Inilah keagungan demokrasi yg membuat ramai manusia nampak pandai dengan pangkat dan telahan pendapat. Akhirnya manusia tertipu antara permainan dan amanah TUHAN. Akan datang kebenaran yg meruntuhkan kebatilan, dan ALLAH jua yang maha pengampun dan menyelamatkan kita dari kesesatan dan nerakanya. Allahuakbar!

Sunday, February 20, 2011

FI SABILILLAH

ALHAMDULILLAH

Setelah aku melalui segala jalan syahwat, ALLAH memberikan aku gambaran AKHIRAT. Maka aku mula berjalan mencari kebenaran dan semalam 16 Rabi'ul awal, aku melangkah masuk kedalam gerbang hijau yg bertonggakkan Ulama' yg sangat ditakuti oleh pencinta dunia.
Mengalir airmata bila borang ahli disambut oleh DS Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah. Biar pun aku bukan sesiapa dikalangan orang PAS, tapi aku dapat merasakan kehangatan persaudaraan yg dihulurkan oleh mereka. Aku menjadi insaf dikalangan anak2 muda PAS yg rugged tapi ikhlas dalam perjuangan dan aku merasa amat malu diperhatikan oleh mereka bilamana aku merasa seperti seluruh hidup aku sebelum ini diselubungi syahwat keduniaan hingga aku merasa aku teramat tua dikalangan mereka. Terlintas juga dibenak ku, mungkin kerana anak2 muda inilah orang bijak pandai seperti Mahathir menolak PAS.

Biarlah tua, biarlah bertongkat, tapi sekarang aku tahu ALLAH maha pengampun dan penyanyang. Maka oleh kerana itu aku akan patuh kepada kehendak ALLAH dalam ayat 104 Surah Aali-Imran. PAS akan aku jadikan wadah perjuangan utk mempopularkan ALLAH kepada mereka yg belum kenal akan kekuasaanNYA. Aku jadi insaf betapa aku yg lahir dalam keluarga Islam keturunan Ulama', terabai dengan kefahaman Islam yg pernah diterapkan kedalam jiwaku. Apatah lagi mereka yg tidak pernah tahu mengenai Islam, bagaimana mereka akan merasa takut pada ALLAH. Utk itu sekali ini aku akan terus bercerita kepada sesiapa sahaja sesuatu yg membuatkan mereka bertaqwa kepada ALLAH. 

Lagikan setiap ibu bapa sayangkan anak2 yg dilahirkan, inikan pula ALLAH yg menciptakan kita dan segalanya. Biar pun Iblis dan yahudi memang dilaknat oleh ALLAH, namun satu masa dahulu mereka adalah hamba ALLAH yg baik. selepas itu dengan takdir ALLAH mereka dijadikan sebagai contoh buruk kepada sesiapa yg tidak bertaqwa kepada ALLAH. Ini Kuasa ALLAH. kalau tiada keburukan kita tidak pandai menilai kebaikan sebagai mana kalau tiada ketaqwaan maka tiadalah kita mengerti bahawa ALLAH itu maha diatas segalanya.
Hari ini  bila jiwa berada didalam PAS, ada satu semangat baru yg membuatkan aku berfikir mengapa ALLAH menjadikan aku. Pagi tadi bila ada member2 yg bertanya, mengapa aku menganut PAS, aku tahu bahawa aku sudah diterima utk bekerja oleh ALLAH. Inilah masanya untuk berubah dan mengubah sebahagian besar kenalan, kepada jalan baru bagi mereka yg fasiq. Belum ramai yg menerima Islam sebenar. Kalau tidak sudah tentu Malaysia diperintah oleh Ulama'. Masalahnya siapa yg Islam dalam orang Melayu? Utk mereka yang mencari jawapan bacalah Sirah Rasulullah berulang kali, maka kita akan nampak siapa Abu Bakar, siapa Abu Jahal dan siapa Abdullah bin Ubai dalam bangsa Melayu. Kerana itulah aku memohon utk masuk PAS. Lepas ni kita akan baca ada yg marah dgn apa yg aku kata. Itu biasa, sebagaimana ada orang yg marahkan harimau membunuh lembu. Ini kerana kita tidak mengerti SUNNATULLAH. Kalau kita susah di dunia, kita lupa bahawa itu kehendak ALLAH, apatah lagi bila kita mewah.

Sudah berkali-kali PAS kalah dalam pilihanraya. Memang susah nak menang kerana ini bukan perang Badar dimana Malaikat juga turun berperang dengan perintah ALLAH. Janganlah mengharapkan Malaikat turun beratur dipusat2 mengundi yg diadakan oleh suruhan jaya pilihan raya yg tidak mengikut suruhan ALLAH. Ini demokrasi omputeh yang memberikan peluang kemenangan kepada org yg mempunyai syahwat duniawi. Kerana itu perlunya kita memperkenalkan Islam adalah sistem terbaik utk mentadbir dunia kepada manusia Malaysia. Ini adalah kerana ramai manusia lupa bahawa ALLAH yg mencipta dunia dan hanya hukum ALLAH sahaja yg sesuai dilaksanakan. Mereka yg menolak selalunya mereka yg tidak tahu apa hukum ALLAH. Selalunya mereka ditakutkan oleh yahudi yg memang mengetahui apa isi Al Quran dan mereka telah tahu lebih awal melalui Taurat bahawa Islam itu perfect dan mereka tidak mahu kita menjadi ummat Muhammad. Maka kita akan luput dari mendapatkan Syufaat Rasul dipadang Mahsyar nanti.

Dan kali ini aku bersedia utk berjuang dengan PAS, dan aku bersedia untuk kalah setelah menjalankan segala syarat2 perjuangan. YA ALLAH, BERIKAN KEMENANGAN KEPADA PAS, SEKIRANYA MEREKA LAYAK UNTUK MENERIMA HADIAH KEMENANGAN DARI MU, DEMI ISLAM BERKEMBANG SUBUR DI BUMI MALAYSIA YG DULU TERIKAT DGN PERIKATAN DAN KINI KAKU DALAM BARISAN.

Tuesday, February 1, 2011

HADITH RASULULLAH S.A.W

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI PENYAYANG.

Maha Suci Engkau, tiadalah kami berilmu, melainkan dengan apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha mengetahui dan Maha Bijaksana. Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan kehendak ALLAH yang Maha Berkuasa.


Bacalah hadith ini dan maknanya, kemudian carilah guru hadith yang boleh menghuraikannya. Jangan membuat andaian sendiri kerana kalau salah fahaman aqidah kita akan terpesong kerana salah tafsiran. Mohonlah kepada ALLAH untuk bertemu dengan guru mursyid yang boleh memimpin kita kejalan yang benar. InsyaALLAH. 

 

TERJEMAHANNYA:

Dari Abu "Abd al-Rahman Abdullah bin Mas'ud radhiALLAHu'anh, katanya: Telah menceritakan kepada kami oleh Rasulullah S.A.W dan ia benar lagi dibenarkan, sesungguhnya salah seorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari air mani, kemudian menjadi segumpal darah seperti yang demikian itu, kemudian jadi seketul daging seperti yang demikian itu juga, iaitu 40 hari, kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh padanya dan diperintahkannya menulis empat kalimat, iaitu rezekinya dan umurnya dan amalnya dan celakanya atau bahagianya. Maka demi ALLAH yg tiada Tuhan selainnya, sesungguhnya salah seorang kamu mengerjakan dengan 'amal ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dan antara syurga melainkan sehasta, kemudian terdahulu keatasnya ketentuan tulisan lalu ia pun mengerjakan dengan 'amal ahli neraka, maka masuklah ia kedalamnya. Dan sesungguhnya salah seorang kamu mengerjakan dengan 'amal ahli neraka sehingga tidak ada jarak antaranya dan antara neraka melainkan sehasta. Kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu ia pun mengerjakan pula dengan 'amal ahli syurga, maka masuklah ia kedalamnya. Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Monday, January 31, 2011

DEMI ALLAH

Assalamualaikum.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI PENYAYANG.

Maha Suci Engkau, tiadalah kami berilmu, melainkan dengan apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha mengetahui dan Maha Bijaksana. Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan kehendak ALLAH yang Maha Berkuasa.

ALHAMDULILLAH. Aku amat bersyukur kepada ALLAH kerana memberikan aku peluang untuk kembali ke ruangan ini setelah 2 tahun aku tercari-cari jawapan untuk sebuah kebenaran. Hampir sekali aku membenarkan kebatilan menjadi sebuah haq dalam aliran pemikiran. Hanya ALLAH yang berkuasa memberikan petunjuk diatas jalannya yang lurus.

Setelah aku melalui takabbur demi takabbur, ujub demi ujub, sum'ah demi sum'ah begitu juga kesenangan demi kesenangan, ketakutan demi ketakutan dan setelah 2 kali menghampiri sempadan kematian, akhirnya aku sedar segala yg aku lalui itu sepatutnya ia berlaku dengan penuh kesedaran bahawasa itu semua DEMI ALLAH.

Maka aku kembali mencari jalan yang benar bermula dengan TAUBAT NASUHA kepada setiap perlakuan yang SYIRIK kepada ALLAH. Betapa terlalu lama aku bertuhankan dunia demi menyelamatkan kehidupan dunia dari soal kelaparan hinggalah kepada kemewahan yang melupakan aku kepada tujuan ALLAH menjadikan manusia dan jin di muka bumi ini.

Mengapa aku terpengaruh untuk mengejar dunia yang memang telah diberitahu oleh Almarhum Ayah semasa aku kecil, bahawa dunia ini adalah bala, setan, iblis, yahudi dan nasara, adalah kerana dunia ini telah dibentuk acuannya oleh mereka yang bernafsu besar untuk menjadi hebat pada mata dunia. Bermulanya Malaysia ini dengan nafsu Tunku Abdul Rahman untuk membuktikan bahawa dia boleh melakukan lebih baik dari orang inggeris hinggalah sampai kezaman Mahathir yang bernafsu besar untuk menyatakan kepada bangsa lain di dunia bahawa orang melayu lebih hebat dari mereka. Maka aku pun terperangkap didalam kehendak nafsu besar pemimpin yang berbuat sesuatu kerana sesuatu yang aku kurang faham tetapi yang pastinya bukan KERANA ALLAH. Disambung pula oleh pemimpin selepasnya dengan niat "kerana mu Malaysia", "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" maka kita telah menyimpang jauh dari kehendak ALLAH menjadikan kita sebagai hambanya yang sepatutnya berbuat sesuatu "KERANA MU ALLAH" & 'ALLAH DIDAHULUKAN, TAQWA DIUTAMAKAN".

Kalau dahulu aku bersama-sama membenarkan kemungkaran dan aku berstatuskan munafiq, hari ini ALLAH telah memberikan aku hidayah dan menguasakan aku untuk beriktikad dengan AKIDAH "LA ILA HA ILLALLAH, MUHAMMADURASULULALLAH". Bersama dengan Ahlussunnahwaljamaah aku akan meneruskan sisa perjalanan mencari dan menyampaikan kebenaran kerana aku insaf ramai manusia tidak mahu menjadi jahat, tetapi kerana mahalnya harga nafsu yang perlu dibayar untuk dipuaskan, maka mereka terpaksa memilih jalan yang telah disediakan oleh yahudi dan nasara. Langkah demi langkah aku akan meninggalkan yang haram dan syubhat hingga aku dipertemukan dengan jalan yang benar sebagaimana permohonan aku ketika aku membacakan "IH DINAS SIRA TAL MUSTAQIM" didalam surah ALFATIHAH. Semoga langkah awal ini akan dipermudahkan oleh ALLAH untuk aku mencari teman yang sealiran dan mengajak seramai mungkin umat manusia kembali kepada ALLAH.

Kepada Ibu Bapa, Guru-Guru dan para sahabat, doakan semoga aku sentiasa beristiqamah diatas jalan yang benar dan sentiasa bermujahadah DEMI ALLAH. kepada Umat Malaysia, marilah kita sama-sama mencari perubahan kearah kebenaran dengan menyatakan "TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH" dengan menegah perkara yang boleh menjadikan kita SYIRIK kepada ALLAH.

Sekian dulu sebagai introduction untuk blog ini, hingga bertemu lagi dalam tulisan selepas ini, Assalamualaikum, Takbir- ALLAHUAKBAR.